• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi atasi Samsung menjadi penjual telefon pintar terbanyak di Malaysia awal tahun ini

  • OLEH Najib
  • 1:17 pm
  • 10/08/2022
  • Komen
Jadilah pakar dalam semua perkara dengan Xiaomi 12
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Xiaomi tidak asing lagi buat rakyat Malaysia kerana ia menawarkan telefon pintar mampu milik dengan prestasi berbaloi pada harganya. Jadi, tidak hairanlah jika Xiaomi berjaya merampas kembali kedudukan sebagai penjual telefon pintar terbanyak di Malaysia.

Perkara ini dilaporkan oleh firma penganalisa pasaran, Canalys. Dalam laporan terbaru mereka tentang pasaran telefon pintar di Malaysia pada suku kedua 2022 (Q2 2022), Xiaomi menduduki tangga pertama dengan 30% pegangan pasaran, mengatasi Samsung yang menjadi juara pada suku pertama. Bermakna, hampir 1 daripada 3 telefon dijual adalah Xiaomi. Manakala 1 daripada 5 telefon yang dijual adalah Samsung.



Tangga ketiga dihuni oleh Vivo, diikuti rapat oleh Oppo di tempat keempat. Penjual kelima terbanyak di Malaysia pula adalah Realme. Tetapi tahukah anda, sebenarnya Vivo, Oppo dan Realme ada syarikat induk yang serupa di China iaitu BBK Electronics? Jika tiga jenama ini digabungkan, ia dengan mudah mengatasi Xiaomi dan Samsung dalam jualan di Malaysia.

Selain jualan, Canalys turut menunjukkan perkembangan pasaran tahunan untuk suku yang sama. Hanya Xiaomi tidak mencatatkan penurunan dalam perkembangan pasaran. Manakala jenama lain menurun sekurang-kurangnya 27% berbanding tahun sebelumnya.



Xiaomi Malaysia menyatakan, kejayaan jualan mereka disumbang oleh pelancaran siri telefon flagship Xiaomi 12. Ia menampilkan kamera berkualiti tinggi serta prestasi terhebat dalam kelasnya.

Selain itu, siri Redmi Note 11 yang menyediakan banyak pilihan telefon kelas pertengahan dari RM700 ke RM1,500 juga membantu melonjakkan jualan Xiaomi di Malaysia. Ada yang menggelar siri ini sebagai raja peranti kelas pertengahan.

Xiaomi akan menambah satu lagi model dalam keluarga Xiaomi 12 di Malaysia tidak lama lagi. Acaraa pelancarannya akan diadakan pada bulan Ogos, jadi nantikan pengumumannya dalam masa terdekat.

Tags: Canalysxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Jadilah pakar dalam semua perkara dengan Xiaomi 12

Xiaomi atasi Samsung menjadi penjual telefon pintar terbanyak di Malaysia awal tahun ini

10 August 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN