• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5 benda kami nak beritahu anda tentang Galaxy Z Fold 4 dan Z Flip 4

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:19 pm
  • 11/08/2022
  • Komen
5 benda kami nak beritahu anda tentang Galaxy Z Fold 4 dan Z Flip 4
Share on FacebookShare on Twitter

[ PROMOSI Samsung Galaxy Z Flip / Z Fold 4 ] Gunakan kod SYGZF4VIP apabila membuat tempahan awal Galaxy Z Flip atau Z Fold 4 di laman web Samsung Malaysia untuk menerima hadiah PERCUMA tambahan berupa Super-Fast Wireless Charging Duo bernilai RM369. Jika anda membuat tempahan awal Galaxy Watch 5 atau Buds 2 Pro, gunakan kod yang sama SYGZF4VIP untuk menerima Pengecas USB-C PD 15W bernilai RM59 PERCUMA.


Pada Unpacked 2022, kita telah menyaksikan Samsung memperkenalkan genrasi baharu siri Galaxy Z mereka. Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4 terus memacu segmen peranti boleh lipat global dengan gayanya tanpa sebarang pesaing yang mampu menggugat mereka dalam pasaran, sekurang-kurangnya di Malaysia.



1. Naik taraf minimum dicerap, tapi di bahagian yang betul

Sekiranya anda bandingkan helaian spesifikasi Z Flip 4 dan Z Fold 4 dengan iterasi sebelum ini, tidak banyak perubahan komponen diperhatikan. Misalnya, untuk Z Flipd 4, paparan utama dan sekunder masih sama dan komponen ini adalah komponen terbesar dalam sesebuah telefon. Begitu juga dengan sistem kamera Z Flip 4 yang tak berubah langsung.

Naik taraf yang minimum tapi sangat dialu-alukan adalah pada cip pemproses yang lebih segar iaitu Snapdragon 8 Gen 1 disamping kapasiti bateri yang dipertingkat. Bukan setakat kapasiti bateri dipertingkat, kemampuan mengecas juga telah dipertingkat. Perlu diingatkan yang dalam materi pengiklanan Samsung, mereka merujuk 25W sebagai Fast-Charge tapi untuk jenama lain ia adalah biasa kerana norma sekarang adalah lebih 50W.



Kalau nak bercerita tentang naik taraf, Z Fold 4 dengan Z Fold 3 ada naik taraf yang lebih baik. Bukan setakat SoC telah ditambah baik, saya sukakan naik taraf kameranya. Samsung kini tak lagi terkongkong dengan sensor 12MP sebaliknya, kamera ultralebar Z Fold 4 kini 50MP manala kamera telefoto 10MP. Masih tidak kami ketahui jenis sensor yang digunakan, tapi diharapkan ia sekurang-kurangnya perlu sama prestasinya dengan sensor sebelum ini.

Konfigurasi RAM dan storan telah diperkaya. Anda ada pilihan storan sehingga 1TB kali ini dan kapasiti RAM dikekalkan pada 12GB merentasi varian. Malangnya, bahagian bateri tidak terima sebarang pembaharuan. Kapasiti bateri masih kekal pada paras 4,400mAh dan sistem pengecasan yang sama, 25W berkabel.

2. Mereka ada engsel baharu yang tidak berasaskan gear

Samsung mengumumkan yang mereka membangunkan ensel serba baharu untuk barisan Z Fold 4 dan Z Flip 4. Setakat iterasi ketiga peranti boleh lipat, Samsung menggunakan engsel berasaskan gear.

Untuk iterasi kali ini, mereka meninggalkan gear dan bangunkan satu engsel baharu yang memanfaatkan kesan berputar. Bukan saja ia sama teguh dengan engsel asal, malahan mereka berjaya mengurangkan berat keseluruhan telefon. Sayangnya, mereka tidak berkongsikan lebih mendalam tentang kemajuan teknologi engsel ini.

3. Dua peranti pertama yang diperkasa Android 12L daripada keluar kotak

Sekiranya anda menjadi salah seorang yang terawal mendapatkan mana-mana Galaxy Z Fold 4 ataupun Z Flip 4, anda perlu tahu yang ia adalah dua peranti pertama yang menjalankan Android 12L apabila dihidupkan.

Android 12L adalah versi khas sistem operasi Android yang dibangunkan untuk produk berskrin besar seperti tablet dan eranti boleh lipat. Sistem operasi jenis ini telah dioptimumkan antara muka, diperbaik ciri multitugasan, dan kebolehsuaian dengan aplikasi lain telah dipertingkat.

4. Z Fold 4 ada casing khas untuk S Pen

DNA Galaxy Note tetap mekar dalam peranti produktiviti Samsung. Di Galaxy S22 Ultra kita ada casing yang ada slot S Pen. Untuk Galaxy Z Fold 4 juga Samsung ingin mengetengahkan solusi yang sama.

Benar, standing cover with S Pen ini akan jadikan Z Fold 4 sedikit debab. Namun manfaat yang diberikannya mengatasi kekurangan tersebut apabila anda boleh mencatit, mencoret, melakar idea bernilai ribuan ringgit terus di atas permukaan paparan besar Z Fold 4.

5. Harga terendah naik RM100 dan ada varian capai harga lebih RM8,000

Pastinya ada kaitan dengan inflasi. Harga permulaan untuk kedua-dua siri ini naik sebanyak RM100. Kenaikkan sebanyak RM200 boleh dicerap pada varian 256GB Z Flip. Tapi saya tak rasakannya berbaloi. Anda hanya beroleh SoC lebih segar sedangkan yang lain-lain masih sama.

Berbeza pula dengan kenaikan RM200 pada varian storan 512GB Z Fold. Dengan kenaikan sebanyak itu, anda terima SoC baharu, bateri lebih besar, dan sistem kamera lebih baik. Untuk Z Fold, kenaikan harganya berbaloi untuk manfaat yang anda perolehi.

Untuk generasi kali ini, kita beroleh telefon boleh lipat Galaxy Z yang ada storan lebih luas. Untuk Z Flip 4, anda ada pilihan sehingga 512GB storan dalaman manakala 1TB untuk Z Fold 4. Premium yang perlu anda keluarkan untuk storan sebesar itu adalah RM8,299, lebih mahal daripada sebuah skuter asas di luar sana.

Bacaan berkaitan

  • Harga rasmi Galaxy Z Fold 4, Z Flip 4 & Bespoke Edition di Malaysia diumum lebih mahal
  • Samsung Galaxy Z Flip 4 perbaiki kelemahan terbesar model lama
  • Galaxy Buds 2 Pro, 15% lebih kecil dengan waktu guna sehingga 5 jam
  • Galaxy Watch 5 Pro diumum, bateri 63% lebih besar berbanding dulu
Tags: androidsamsungsamsung galaxysamsung galaxy z flip 4samsung galaxy z fold 4telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 benda kami nak beritahu anda tentang Galaxy Z Fold 4 dan Z Flip 4

5 benda kami nak beritahu anda tentang Galaxy Z Fold 4 dan Z Flip 4

11 August 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER