• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Z Flip 4 perbaiki kelemahan terbesar model lama

  • OLEH Najib
  • 10:02 pm
  • 10/08/2022
  • Komen
Samsung Galaxy Z Flip 4 perbaiki kelemahan terbesar model lama
Share on FacebookShare on Twitter

[ PROMOSI Samsung Galaxy Z Flip / Z Fold 4 ] Gunakan kod SYGZF4VIP apabila membuat tempahan awal Galaxy Z Flip atau Z Fold 4 di laman web Samsung Malaysia untuk menerima hadiah PERCUMA tambahan berupa Super-Fast Wireless Charging Duo bernilai RM369. Jika anda membuat tempahan awal Galaxy Watch 5 atau Buds 2 Pro, gunakan kod yang sama SYGZF4VIP untuk menerima Pengecas USB-C PD 15W bernilai RM59 PERCUMA.


Bersama ketibaan Samsung Galaxy Z Fold 4 di acara Galaxy Unpacked adalah telefon lipat kecil dan kompak, Galaxy Z Flip 4. Tetapi ia menelusuri laluan yang serupa, iaitu tiada perubahan ketara dari segi rupa dan sedikit naik taraf pada perkakas.



Selain naik taraf kuasa pemproses, Galaxy Z Flip 4 dilengkapi bateri lebih besar dan sensor kamera lebih besar.

Spesifikasi Galaxy Z Flip 4

Samsung menggunakan pemproses terbaik Qualcomm iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 pada Z Flip 4. Kapasiti RAM masih kekal 8GB tetapi pilihan storan ditingkatkan sehingga 512GB, selain ditawarkan dalam 128GB dan 256GB.



Skrin boleh lipat di dalam, apabila dibuka seluas 6.7-inci dalam resolusi HD Penuh. Ia jenis Dynamic AMOLED 2X tetapi kini menyokong kadar penyegaran dari 1Hz hingga 120Hz. Disebabkan ia telefon lipat, pengimbas capjari masih di tepi telefon, terletak pada butang kuasa.

Skrin di luar tidak berubah, jenis Super AMOLED berukuran 1.9-inci. Skrin ini boleh digunakan untuk menunjukkan previu bergambar swafoto, selain notifikasi dan beberapa paparan lain seperti jam.

Walaupun kamera ada dengan resolusi serupa iaitu kamera utama 12MP dan kamera ultra lebar 12MP, sensor di kamera ini lebih besar untuk membenarkan lebih banyak cahaya ditangkap supaya gambar lebih cerah. Kamera utama dilengkapi OIS dan autofokus dwi-piksel. Kamera di dalam pula, terletak di dalam lubang dengan sensor 10MP F2.4.

Pembaharuan terbesar dilihat ada pada Z Flip 4 adalah kapasiti baterinya. Walaupun dengan badan yang serupa dengan Z Flip 3, kapasiti bateri diertingkat daripada 3,300mAh kepada 3,700mAh. Tetapi kuasa pengecas tidak berubah, masih dengan pengecasan berwayar 25W dan pengecasan wayarles 10W. Menurut Samsung, ia boleh mengecas 50% dalam masa 30 minit. Tetapi jangan lupa, kepala pengecas dijual berasingan, tiada di dalam kotak.

Samsung masih kekal sebagai satu-satunya pengeluar yang menghasilkan peranti boleh lipat dan kalis air. Sama seperti Z Flip 3, generasi ke-4 ini juga kalis air IPx8. Bermakna, ia boleh masuk ke air bersih selama 30 minit dan sedalam 1.5 meter. Tetapi ia tidak kalis debu, kerana engsel tidak dilindungi dari butir halus debu dan boleh rosak jika termasuk di celah-celahnya.

Satu perkara yang Samsung hebat mengiklankan sebelum ini adalah warna baru untuk Z Flip 4. Ia disediakan dalam empat warna iaitu Graphite, Pink Gold, Blue dan Bora Purple. Warna ungu sebagai warna tema Samsung tahun ini, diterapkan pada Z Flip 4 tetapi tiada di Z Fold 4.

Selain itu, pengguna juga berpeluang menyesuaikan warna tersendiri menerusi pilihan Bespoke Edition. Terdapat tiga ruangan di Z Flip 4 yang boleh diubah dan dipilih warnanya, di belakang atas, belakang bawah dan di bingkai. Pengguna boleh mengubahsuai pelbagai warna di tiga kawasan ini jika memilih Bespoke Edition. Tetapi tempahan perlu dibuat dan mengambil masa untuk disiapkan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Galaxy Z Flip 4.

Tags: samsungsamsung galaxy z flip 4
Najib

Najib

POPULAR

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

19 September 2023
Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023
Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

14 September 2023
Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

20 September 2023
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
iPhone 14 Plus lebih besar mula dijual di Malaysia, ketahui harga dan tempat untuk membelinya

Harga rasmi iPhone 14, iPhone 13 dan iPhone SE kini lebih murah di Malaysia

13 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER