• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Google

TIPS: 3 cara mudah muat turun gambar dari Google Docs

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:08 pm
  • 14/08/2022
  • Komen
TIPS: 3 cara mudah muat turun gambar dari Google Docs
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan mencipta satu dokumen di Google Docs, anda dan individu lain boleh buka dokumen itu dan suntingnya bersama pada bila-bila masa. Bekerja menggunakannya memang mudah, tapi anda pernah tak berdepan dengan situasi di mana anda perlu muat turun gambar dari dokumen itu? Contohnya, gambar di dalam dokumen tersebut ditambah oleh rakan lain dan dia sedang bercuti. Tapi, anda perlukan gambar itu segera untuk masukkannya ke dalam media sosial.

Sebenarnya, cara memuat turun gambar dari Google Docs tidaklah susah. Berikut merupakan 3 cara yang boleh anda lakukan:



1. Muat turun fail format HTML

Ini merupakan langkah paling mudah yang anda mesti cuba. Ketika anda sedang akses dokumen Google Doc itu, ikut langkah di bawah:

  1. Tekan File
  2. Klik Download
  3. Pilih Web Page (.html, zipped)
  4. Halaman tersebut akan dizip dan dimuat turun
  5. Pergi ke folder muat turun anda dan cari fail zip dengan nama dokumen itu
  6. Buka zip fail. Kemudian cari subfolder yang dinamakan images
  7. Buka folder images dan anda akan jumpa semua imej daripada dokumen tersebut di situ

2. Terbitkan ke Web

Ini juga merupakan cara yang boleh anda gunakan, tapi anda perlu muat turun gambar satu per satu. Rumit sedikit berbanding cara pertama di atas.



  1. Di dalam fail Google Doc, pergi ke File
  2. Pilih Share dan klik Publish to web
  3. Anda akan diberi pilihan untuk menerbitkan pautan atau embed. Di bawah tab Link, klik butang Publish
  1. Apabila ia paparkan pertanyaan sama ada anda benar-benar mahu melakukannya, klik OK
  2. Anda akan terima mesej pop-up dengan pautan ke halaman web, salin pautan itu
  3. Dalam tab baru di penyemak imbas, tampal pautan itu dan tekan Return pada papan kekunci
  4. Anda kemudian akan dapat lihat gambar yang ada dalam fail Google Docs tadi. Kini anda hanya perlu klik kanan, pilih Save Image As pada mana-mana imej yang anda mahu simpan pada peranti

3. Simpan imej di Keep

Alternatif ketiga ialah dengan memuat turunnya daripada aplikasi nota Google iaitu Keep. Caranya ialah:

  1. Klik kanan pada gambar yang anda mahu
  2. Pilih View More Actions dan tekan Save to Keep
  3. Anda boleh lihat Keep pada bar bahagian kanan Google Docs itu.
  4. Sebaik sahaja anda nampak ada imej di dalamnya, anda kemudian boleh mengklik kanan pada imej itu, pilih save image as dan memuat turunnya.

Semua cara di atas boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Jadi anda boleh pilih mana-mana cara mengikut keselesaan anda.

[Sumber: TheVerge]

Tags: Google Docs
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 3 cara mudah muat turun gambar dari Google Docs

TIPS: 3 cara mudah muat turun gambar dari Google Docs

14 August 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER