• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Malaysia akan lancar tablet 12-inci dan laptop diperkasa NVIDIA RTX2050

  • OLEH Najib
  • 4:05 pm
  • 15/08/2022
  • Komen
Honor Malaysia akan lancar tablet 12-inci dan laptop diperkasa NVIDIA RTX2050
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, Honor Malaysia mengumumkan akan melancarkan telefon pintar Honor 70 ke Malaysia. Majlis pelancaran yang akan diadakan pada minggu ini, akan dimeriahkan lagi dengan ketibaan dua lagi produk baru Honor.

Selain telefon pintar Honor 70, Honor Malaysia akan turut melancarkan tablet pertama mereka ke pasaran Malaysia, Honor Pad 8. Selain itu, Honor memperbaharui tawaran laptop Honor MagicBook 14 dengan kuasa pemproses dan grafik baharu dalam majlis yang sama.



Pelancaran Honor 70, Honor Pad 8 dan Honor MagicBook 14 2022 akan diadakan pada hari Khamis ini, 18 Ogos 2022. Orang ramai boleh menyaksikannya secara langsung menerusi Facebook Honor Malaysia, serta saluran YouTube Honor Malaysia.

Spesifikasi Honor Pad 8

Tablet ini bukanlah pertama keluaran Honor. Mereka telah menghasilkan tablet sekian lama, tetapi Honor Pad 8 adalah yang pertama akan dilancar di Malaysia. Tablet ini baru dilancarkan di China bulan lepas dan Malaysia kelihatan sebagai pasaran terawal menerimanya di peringkat antarabangsa.



Menurut laman produk Honor Pad 8 China, tablet ini dikuasakan cip Snapdragon 680 6nm. Hanya dalam versi WiFi, tiada LTE atau 5G. Ia disediakan dengan RAM sehingga 8GB bersama storan 128GB sahaja. Tiada slot kad mikroSD untuk storan tambahan.

Walaupun namanya ada nombor 8, skrin tablet ini sebenarnya lebih besar daripada biasa iaitu 12-inci. Ia jenis LCD IPS, dengan resolusi 2K (2000×1020) dan kecerahan setinggi 350nits. Tablet ini tiada pengimbas capjari.

Hanya ada dua kamera dipasang pada Honor Pad 8. Kamera belakang 5MP autofokus dan kamera hadapan 5MP fokus tetap di atas skrin. Tiada takuk atau lubang pada skrin.

Bateri di dalam Honor Pad 8 berkapasiti 7,250mAh dan menyokong pengecasan pantas honor SuperCharge 22.5W menerusi USB-C. Kabel dan kepala pengecas disediakan di dalam kotak.

Sistem bunyi stereo dihasilkan menerusi 8 pembesar suara. Ia gabungan 4 unit treble dan 4 unit bass, menyokong teknologi bunyi Honor Histen dan DTS:X Ultra. Bagaimanapun, tiada jek audio untuk dicucuk fon telinga berwayar.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Honor Pad 8 di China iaitu emas, biru dan hijau. Untuk rujukan, Honor Pad 8 dijual di China pada harga berikut:

  • Honor Pad 8 (RAM 4GB + Storan 128GB) – CNY 1,499 (~RM987)
  • Honor Pad 8 (RAM 6GB + Storan 128GB) – CNY 1,799 (~RM1,184)
  • Honor Pad 8 (RAM 8GB + Storan 128GB) – CNY 1,999 (~RM1,316)

Ini tablet yang sangat berbaloi jika dijual bermula bawah RM1,000 kelak.

Spesifikasi Honor MagicBook 14 2022

Berdasarkan keterengan Honor Malaysia, Honor MagicBook 14 yang akan mereka lancar ini memiliki kuasa CPU 70W, pastinya merujuk kepada cip Intel Core-i generasi ke-12. Ia juga memiliki kad grafik khas NVIDIA RTX2050 yang lebih berkuasa daripada siri NVIDIA MX.

Di samping itu, laptop ini memiliki kapasiti bateri besar 75Wh dengan jangka hayat tenaga sehingga 15 jam bermain video.

Maklumat penuh pasti akan diumumkan pada majlis pelancaran 18 Ogos kelak. Nantikan laporan daripada kami.

Tags: honorhonor magicbook 14Honor Pad 8
Najib

Najib

POPULAR

Honor Malaysia akan lancar tablet 12-inci dan laptop diperkasa NVIDIA RTX2050

Honor Malaysia akan lancar tablet 12-inci dan laptop diperkasa NVIDIA RTX2050

15 August 2022
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN