• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y35, peranti mampu milik dengan RAM boleh diluaskan sehingga 16GB

  • OLEH Najib
  • 5:48 pm
  • 16/08/2022
  • Komen
Vivo Y35, peranti mampu milik dengan RAM boleh diluaskan sehingga 16GB
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar Vivo Y35 di dalam siri Y yang aktif dan penuh keriangan. Peranti ini dilancarkan bersama pengumuman dutanya, penyanyi terkenal Iman Troye.

Walaupun dikategorikan sebagai peranti kelas pertengahan dengan harga mampu milik, Vivo Y35 menyediakan RAM dan storan yang sangat luas. Ia juga mencapai pengiktirafan kalis air dan debu, serta hayat bateri yang panjang.



Harga dan tarikh jualan Vivo Y35

Orang ramai di Malaysia boleh mula membeli Vivo Y35 pada 17 Ogos 2022. Ia akan dijual secara rasmi di sini pada harga berikut:

  • Vivo Y35 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,099

Khas dari 12-16 Ogos 2022, tempahan awal boleh dilakukan di E-Store Vivo Malaysia, Stor Rasmi Vivo Shopee serta Stor Rasmi Vivo Lazada, untuk menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM547 seperti baucar jenama terpilih, beg silang Vivo, jaminan lanjutan serta perlindungan keretakan skrin.



Spesifikasi Vivo Y35

Kuasa kelas pertengahan Vivo Y35 digerakkan oleh cip Snapdragon 680 6nm, tanpa sokongan 5G. Ia hadir bersama RAM 8GB, dan mampu menambah RAM maya sehingga 8GB, menjadikan jumlah RAM yang boleh digunakan kepada 16GB.

Kepada yang mahukan ruang simpanan besar, Vivo Y35 menawarkan storan 256GB. Malah, ia boleh diluaskan menerusi slot kad mikroSD sehingga 1TB.

Skrin telefon ini jenis LCD, berukuran 6.58-inci HD Penuh dan ada kadar penyegaran 90Hz. Badannya diperbuat daripada plastik dengan lengkungan 2.5D di belakang. Ia turut diiktiraf kalis percikan air dan debu IP54.

Di bahagian kamera, terdapat kamera utama 50MP F1.8 di belakang, bergandingan dengan kamera bokeh 2MP dan kamera makro 2MP. Di hadapan pula, ada kamera 16MP F2.0 terletak di dalam takuk kecil di dahi skrin.

Hayat bateri yang panjang, disalurkan oleh bateri 5,000mAh. Ia boleh mengecas pantas dengan sokongan pengecasan pantas FlashCharge 44W, mengecas dari 0-70% dalam masa 34 minit.

Vivo Y35 menjalankan sistem operasi Funtouch OS 12 berasaskan Android 12. Ia datang dalam dua pilihan warna, hitam dan emas.

Tags: vivoVivo Y35
Najib

Najib

POPULAR

Vivo Y35, peranti mampu milik dengan RAM boleh diluaskan sehingga 16GB

Vivo Y35, peranti mampu milik dengan RAM boleh diluaskan sehingga 16GB

16 August 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN