• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga rasmi OnePlus 10T diumum, hanya varian tertinggi dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:07 pm
  • 18/08/2022
  • Komen
OnePlus 10T dilancar dengan prestasi tertinggi dan pengecasan terpantas di dunia
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus 10T telah dilancarkan di pentas antarabangsa awal bulan ini. Dalam acara tersebut, harga rasmi untuk pasaran Malaysia dinyatakan akan diumum pada 18 Ogos iaitu hari ini.

Seperti dijanjikan, OnePlus Malaysia mengumumkan harga rasmi jualan OnePlus 10T di Malaysia. Bagaimanapun, hanya satu varian terdapat di pasaran tempatan.



Harga dan promosi jualan

Varian yang dijual di Malaysia kelak adalah varian tertinggi yang diumumkan semasa pelancarannya, iaitu RAM 16GB dan storan 256GB. Harga rasminya adalah seperti berikut:

  • OnePlus 10T (RAM 16GB + Storan 256GB) – RM3,199

Penjualan OnePlus 10T akan bermula pada 1 September 2022. Bagaimanapun, OnePlus Malaysia membuka tempahan awal untuk peminat dari 18-31 Ogos 2022, eksklusif di Stor Rasmi OnePlus di Lazada dan Shopee. Dalam tempoh ini, pembeli akan menerima hadiah percuma berupa:



  • 1-tahun perlindungan keretakan skrin (bernilai RM199)
  • 1-tahun jaminan lanjutan (bernilai RM99)
  • 1-tahun perlindungan kerosakan tidak sengaja (bernilai RM299)

Lebih menarik lagi, 25 pembeli terawal di Lazada dan Shopee dalam tempoh promosi, akan menerima hadiah tambahan iaitu kotak misteri yang mengandungi baucar bernilai RM100 dan hadiah misteri lain, bernilai sehingga RM299. Malah, satu pembeli bertuah, akan membawa pulang sebuah telefon pintar, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G bernilai RM1,199.

Spesifikasi

Peranti terbaru OnePlus ini memiliki prestasi terhebat. Ia dikuasakan cip terbaik Qualcomm, Snapdragon 8+ Gen 1 bersama RAM LPDDR5 yang sangat besar, 16GB serta storan pantas UFS 3.1 seluas 256GB. OnePlus yakin, ia mampu mengekalkan 35 aplikasi aktif di latar belakang dengan lancar dan tanpa lengah.

Selain itu, OnePlus 10T hadir dengan pengecasan terpantas dunia, teknologi SUPERVOOC Endurance Edition 150W. Ia boleh mengecas bateri 4,800mAh di dalam dalam masa tidak sampai 20 minit.

Paparan OLED dipasang di hadapan, seluas 6.7-inci HD Penuh 120Hz. Lubang di atas skrin memuatkan kamera hadapan 16MP. Kamera belakang ada tiga, gandingan kamera utama 50MP Sony IMX766 OIS, serta kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP.

OnePlus 10T dilancarkan bersama sistem operasi Oxyegen OS 12.1 berasaskan Android 12. OnePlus menjanjikan kemaskini OS sebanyak tiga kali dan kemaskini keselamatan selama 4 tahun.

Tags: OnePlusoneplus 10t
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
OnePlus 10T dilancar dengan prestasi tertinggi dan pengecasan terpantas di dunia

Harga rasmi OnePlus 10T diumum, hanya varian tertinggi dijual di Malaysia

18 August 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER