• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ditipu di Tinder sehingga rugi RM261 ribu, apa yang membuatkan jurutera ini terpedaya?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:57 pm
  • 24/08/2022
  • Komen
Ditipu di Tinder sehingga rugi RM261 ribu, apa yang membuatkan jurutera ini terpedaya?
Share on FacebookShare on Twitter

Berkenalan dengan seorang lelaki tempatan menerusi aplikasi Tinder, seorang jurutera wanita di Johor akhirnya kerugian RM261 ribu. Kes ini bermula apabila mangsa berusia 40 tahun berkenalan dengan suspek pada awal Julai lalu.

Seterusnya pada pertengahan bulan sama, mangsa diperdaya untuk membeli kupon bagi tujuan pelaburan daripada suspek. Malah, suspek berjanji bahawa mangsa akan dapat pulangan sebanyak lima peratus dan faedah dalam tempoh 30 minit selepas pembayaran dibuat. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah, mangsa kemudian menggunakan wang simpanannya dan lakukan 17 transaksi pemindahan dalam talian ke pelbagai akaun bank yang diberikan suspek.



Menjadikan taktik itu lebih dipercayai, suspek turut sediakan pautan laman web yang mendakwa mangsa akan dapat lihat keuntungannya di sana. Namun, mangsa menyedari telah ditipu selepas pautan laman web yang diberikan individu tersebut tidak boleh diakses lagi. Malah suspek juga tidak dapat dihubungi lagi. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Berdasarkan kes ini, setiap pengguna perlu ada rasa ragu-ragu apabila berurusan dengan orang yang baru dikenali. Lebih-lebih lagi apabila kita hanya berkomunikasi dengan individu itu secara maya sahaja dan melibatkan jumlah yang besar. Bukan sahaja di Tinder, tapi di semua media sosial juga. Di samping itu, ini bukanlah kes melibatkan penipuan pelaburan pertama yang dilaporkan. Malah pernah juga saya kongsikan sebelum ini berita mengenai mangsa tertipu pelaburan haram di Telegram. Oleh itu, jika nak melabur, lakukannya pada platform yang dipercayai, bukan menerusi individu disebalik media sosial.



[Sumber: The Star Online]

Bacaan berkaitan

  • Terperdaya dengan pelaburan haram di Telegram, mangsa rugi RM20,600
  • Semakin ramai wanita Malaysia berani melabur aset digital seperti kriptowang, jumlah transaksi melebihi RM2 bilion
  • Jual Lego lama dapat pulangan lebih tinggi dari emas & saham, ini sebabnya
Tags: tinder
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Ditipu di Tinder sehingga rugi RM261 ribu, apa yang membuatkan jurutera ini terpedaya?

Ditipu di Tinder sehingga rugi RM261 ribu, apa yang membuatkan jurutera ini terpedaya?

24 August 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER