• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Pad X, tablet 5G termurah di Malaysia dengan sokongan Pencil dan Keyboard

  • OLEH Najib
  • 11:08 am
  • 24/08/2022
  • Komen
Realme Pad X, tablet 5G termurah di Malaysia dengan sokongan Pencil dan Keyboard
Share on FacebookShare on Twitter

Selain melancarkan telefon pintar Realme GT Neo 3T, Realme Malaysia turut memperkenal tablet terbaru mereka, Realme Pad X. Ia adalah tablet terbaik keluaran Realme, mengatasi Realme Pad dan Realme Pad Mini yang dilancar sebelum ini.

Realme Pad X menyokong internet mudah alih 5G, malah dikatakan sebagai tablet 5G termurah di Malaysia. Ia juga memiliki aksesori untuk memudahkan tugasan, seperti Realme Pencil dan Realme Smart Keyboard.



Harga dan Promosi

Tablet terbaru Realme ini akan dijual di Malaysia mulai 23 Ogos, di Stor Realme Malaysia di Shopee, dan jualan terbuka di pengedar dan saluran jualan lain mulai 26 Ogos 2022. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Realme Pad X (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,699

Walaupun tablet ini dinyatakan menyokong aksesori khas Realme Pencil dan Realme Smart Keyboard, kedua-dua aksesori ini masih belum diumumkan untuk pasaran tempatan. Semakan di India menunjukkan, Realme Smart Keyboard dijual pada harga INR4,999 (~RM280) tetapi tiada maklumat tentang Realme Pencil.



Khas untuk pembeli terawal, Realme Malaysia menyediakan tawaran istimewa. Dari 23-25 Ogos 2022, 300 pembeli pertama akan menerima diskaun RM300 serta jaminan lanjutan tahun kedua. Ia hanya terdapat di Stor Realme Malaysia di Shopee, sementara stok masih ada.

Spesifikasi Realme Pad X

Tablet terbaru dan terbaik Realme ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 695 6nm 5G, menyokong sambungan 5G untuk internet mudah alih di mana jua. Ia dipadankan dengan RAM 6GB, serta storan UFS 2.2 seluas 128GB. Kad mikroSD diterima untuk menambah ruang storan dalaman.

Skrin Realme Pad X lebih besar daripada Realme Pad, berukuran 10.95-inci jenis LCD, dengan resolusi 2K (2000×1200) dan kecerahan sehingga 450nits. Bateri besar di dalamnya berkapasiti 8,340mAh dan menyokong pengecasan pantas Dart 33W menerusi USB-C.

Seperti tablet lain, hanya ada dua kamera terdapat di Realme Pad X. Kamera belakangnya 13MP F2.2 dengan autofokus. Kamera hadapan pula 8MP F2.2 bersudut pandang seluas 105-darjah, terletak di dalam bingkai di atas skrin.

Sistem bunyi stereo di Realme Pad X dihasilkan oleh empat pembesar suara di kiri dan kanan tablet. Ia juga dilengkapi 2 mikrofon dengan penyaring hingar, untuk menangkap suara dengan jelas.

Realme Pad X menjalankan sistem oeprasi Realme UI 3.0 for Pad, berasaskan Android 12. Tidak pula dimaklumkan, berapa lamakah ia akan menerima kemaskini OS dan keselamatan.

Terdapat dua pilihan warna diberi untuk Realme Pad X. Pertama adalah warna biru dan kedua adalah warna hitam.

Bacaan Berkaitan

  • Realme Pad Mini: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme Pad tawar pilihan WiFi dan LTE dari serendah RM799
  • Realme Pad sah akan terima kemaskini Android 12 tahun ini
  • [REVIU] Realme Pad, harga murah & fungsi baik, tapi kurang lengkap produktiviti
Tags: RealmeRealme Pad X
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Realme Pad X, tablet 5G termurah di Malaysia dengan sokongan Pencil dan Keyboard

Realme Pad X, tablet 5G termurah di Malaysia dengan sokongan Pencil dan Keyboard

24 August 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN