• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Keselamatan

TIPS: 5 cara berkesan jaga bateri telefon & laptop supaya tahan lama

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:33 pm
  • 24/08/2022
  • Komen
TIPS: 5 cara berkesan jaga bateri telefon & laptop supaya tahan lama
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila memiliki peranti, salah satu komponen yang paling penting untuk dijaga ialah bateri. Jika tidak menjaganya dengan baik, ada banyak kesan yang bakal anda lihat pada peranti anda. Contohnya, bateri cepat habis walapun baru di cas dan cepat panas. Bagi mengelakkan situasi itu dari berlaku, berikut merupakan 5 langkah untuk memastikan bateri peranti anda sama ada telefon atau pun laptop dapat bertahan lama.

1. Jangan caj sehingga bateri di bawah 20%

Jangan mula cas sehingga bateri anda menurun ke tahap 20% dan cuba berhenti caj apabila ia mencapai 80%. Ini dapat memastikan anda memaksimumkan setiap kitaran caj sambil memastikan bateri bebas daripada tekanan. Semua peranti dihasilkan dengan sasaran bilangan bateri boleh dinyahcas dan dicas semula. Ia biasanya antara 300 dan 1,000 kali.



2. Jangan cas bateri yang sudah penuh

Pasti ada dalam kalangan pengguna yang membiarkan peranti cas semalaman semasa tidur. Apabila sudah penuh, jangan biarkan ia terus bersambung dengan pengecas, kerana ini akan memberikan tekanan pada bateri sekaligus mengakibatkan kapasiti bateri menurun.

3. Jangan biar bateri panas

Kebanyakan bateri akan berada dalam keadaan baik apabila berada pada suhu 72 darjah Fahrenheit (21 darjah celcius) atau lebih sejuk. Jangan biarkan bateri terdedah kepada haba panas melebihi 90 darjah Fahrenheit (32 darjah celcius) seperti dalam kereta pada musim panas terik. Malah apabila peranti dibiarkan di dalam bekas, ia boleh menjadi lebih panas. Hal ini tidak boleh diambil mudah sebab ia akan mengakibatkan peranti rosak sehingga meletup jika bateri terlampau panas.



Sumber

4. Kemaskini sistem operasi

Sepanjang tahun lalu, telefon pintar dan laptop telah didatangkan dengan ciri pengecasan yang lebih baik. Banyak yang boleh dibiarkan bersambung dengan pengecas dan tahu untuk berhentikannya sambil mengekalkan bateri di bawah 100%. Contohnya pada iPhone yang menjalankan iOS 13 ada ciri yang dinamakan Optimized Battery Charging. Apabila ia dihidupkan, iPhone anda akan menangguhkan pengecasan melebihi 80% dalam situasi tertentu. Ia boleh jejak rutin biasa anda dan secara automatik tetapkan masa untuk memastikan ia penuh sebelum anda bangun dan menggunakannya. Oleh itu, dapatkan peranti terbaru atau kemaskini telefon anda kepada sistem operasi terkini.

Sumber
Sumber

5. Baiki bateri yang rosak, jangan beli telefon baru

Apabila bateri peranti tidak berfungsi, anda tidak semestinya perlu membuangnya. Tanya pengilan jika ada cara untuk menggantikan bateri itu. Anda juga boleh cuba baikinya sendiri dengan bantuan laman web pembaikan seperti iFixit. Hal ini bukan sahaja baik untuk alam sekitar, tapi ia juga boleh menjimatkan wang anda.

[Sumber: Washingtonpost]

Bacaan berkaitan

  • TIPS: 8 cara panjangkan hayat bateri laptop
  • TIPS: 5 cara caj bateri telefon dengan cepat
  • TIPS: 9 cara mudah panjangkan hayat bateri telefon
  • TIPS: Cara jejak iPhone walau bateri habis atau telefon dimatikan
Tags: bateri
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 5 cara berkesan jaga bateri telefon & laptop supaya tahan lama

TIPS: 5 cara berkesan jaga bateri telefon & laptop supaya tahan lama

24 August 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER