• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Acara Apple 7 September bakal perkenal iPhone 14 serba baharu, tanpa takuk besar

  • OLEH Najib
  • 9:05 am
  • 25/08/2022
  • Komen
Acara Apple 7 September bakal perkenal iPhone 14 serba baharu, tanpa takuk besar
Share on FacebookShare on Twitter

Apple hari ini telah mengeluarkan jemputan ke acara mereka yang akan datang. Perkara ini telah dijangka orang ramai, terutama sekali yang menantikan pelancaran telefon pintar baru Apple setiap tahun.

Acara Apple ini menggunakan tema “Far Out” dengan latar seperti di angkasa lepas. Ia akan diadakan pada 7 September 2022, 10 pagi waktu Pasifik, bersamaan dengan 8 September 2022, 1 pagi waktu Malaysia.



Sudah pasti, acara ini boleh ditonton peminat di seluruh dunia secara atas talian. Laman Apple menyatakan ia akan disiarkan di laman web Apple sendiri, serta boleh ditonton di aplikasi Apple TV dan YouTube Apple di sini.

iPhone 14 dan Apple Watch 8 akan muncul

Majlis pelancaran Apple sekitar bulan September sebelum ini adalah pentas memperkenal model terbaru telefon pintar mereka. Kali ini, ia akan membariskan keluarga baru iPhone 14. Dikhabarkan juga ia akan membawakan jam Apple Watch Series 8 yang lebih tahan lasak. Ada juga yang mengatakan Apple bakal melancarkan komputer Mac dan iPad baharu, tetapi khabar lebih kuat menyatakan ia akan dilancar kemudian, sekitar bulan Oktober.



Sumber-sumber dalaman sebelum ini berkongsi bahawa Apple akan merubah barisan iPhone 14, tidak menyerupai apa yang ada di siri iPhone 12 dan iPhone 13. Jika dilihat pada model terdahulu, Apple membawakan empat model iaitu versi mini, versi biasa, versi Pro dan versi Pro Max.

Tetapi bagi iPhone 14, ia tidak lagi membawakan model mini dan ditukar kepada versi biasa dengan skrin besar seperti Pro Max. Secara ringkas, empat model dalam keluarga baru nanti akan membawakan nama iPhone 14, iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Versi Pro dan Pro Max juga akan membawakan pembaharuan di skrin. Ia tidak lagi menggunakan takuk besar di dahi, tetapi diubah kepada dua lubang. Masih agak besar, tetapi tidak sebesar takuk dahulu.

Selain itu, Apple juga mungkin akan mengitar semula cip A15 Bionic yang digunakan pada iPhone 13, ke dalam iPhone 14 dan iPhone 14 Max. Hanya versi Pro akan dilengkapi cip baharu dan lebih berkuasa.

Adakah semua khabar angin ini tepat, atau kena sipi-sipi sahaja? Nantikan laporan kami pada hari pelancaran kelak. Ingat, 8 September pukul 1 pagi waktu Malaysia ya.

Tags: appleapple iphone 14iphone 14
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Acara Apple 7 September bakal perkenal iPhone 14 serba baharu, tanpa takuk besar

Acara Apple 7 September bakal perkenal iPhone 14 serba baharu, tanpa takuk besar

25 August 2022
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN