• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Kenapa HONOR 70 berani guna IMX800, sensor kamera yang tak pernah orang lain guna?

  • OLEH Penaja
  • 8:40 am
  • 25/08/2022
  • Komen
Kenapa HONOR 70 berani guna IMX800, sensor kamera yang tak pernah orang lain guna?
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh HONOR Malaysia

HONOR 70 adalah telefon premium terbaharu yang ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Telefon ini masuki pasaran Malaysia bagi memperbaharukan siri HONOR 50 yang diperkenalkan dalam bulan Oktober 2021 lalu. Merentasi spesifikasi, HONOR menyuntik pelbagai naik taraf berbanding edisi terdahulu.

Dalam banyak-banyak benda baharu, tumpuan harus diberikan kepada sistem pengimejannya yang unik. Kalau anda masih belum maklum tentang perkara ini, teruskan membaca.

Sistem trikamera belakang dengan kemunculan sulung sensor SONY IMX800

HONOR sentiasa memperlengkap telefon mereka dengan komponen terbaik yang mereka boleh temukan dalam pasaran. HONOR 70 adalah telefon pertama yang memperkenalkan sensor SONY IMX800 kepada dunia.

Sebagai watak utama telefon ini, HONOR tentu sekali ingin anda mengetahui tentang sensor ini. IMX800 adalah sensor yang mengandungi 54 megapiksel peka cahaya di atas permukaan sebesar 1/1.49”. Cahaya ditumpukan daripada luar menerusi bukaan apertur F1.9.

Manfaat dari menggunakan sensor ini adalah ia memerangkap lebih banyak foton cahaya berbanding sensor generasi terdahulu bagi menghasilkan imej yang lebih cerah, walau dalam keadaan malap. Julat kedinamikannya 23% lebih luas berbanding IMX766 yang pastinya dirasai bila anda ambil gambar subjek yang gelap berlatarbelakangkan cahaya cerah ataupun sebaliknya.

Menghasilkan gambar yang cantik tidak terhad pada kemajuan perkakasan sahaja. Sistem algoritma canggih HONOR Image Engine dan HONOR RAW menjadikan sistem kamera HONOR 70 lebih versatil.

Ia cukup pintar untuk mengawal selia semua tetapan secara automatik walau dalam apa jua keadaan. Tak kiralah anda ambil gambar potret, pemandangan, makro, selfie, ataupun video, anda tak perlu risau akan hasilnya.

Menyumbang kepada keversatilan kamera HONOR 70 juga adalah kamera ultralebar 50MP, kamera makro 2mMP, dan kamera 32MP, semuanya memiliki kelebihan tersendiri.

Dengan segala parameter dikongsikan, berikut adalah hasil gambar yang boleh anda dapatkan menerusi lensa HONOR 70.

Gambar oleh Faliq Fahmie

Cuba anda lihat pada kemampuan HONOR 70 memisahkan subjek daripada latar untuk kesan bokeh yang nampak semula jadi, seakan diambil menggunakan DSLR yang lebih mahal.

Gambar oleh Faliq Fahmie
Gambar oleh Aereon Wong

Jarang pengeluar telefon memberikan kamera ultralebar beresolusi tinggi pada produk mereka. Tapi, HONOR 70 berikan sensor 50MP. Hasilnya, anda boleh jangkakan gambar bersudut pandang luas antara terbaik dalam kelasnya.

Penggunaan sensor dengan saiz fizikal besar membolehkan kamera HONOR 70 menggunakan ISO minimum sewaktu merakam gambar. Hasilnya, gambar dalam keadaan malap tidak diganggu paras hingar yang tinggi.

Untuk objek dekat, kamera makro HONOR 70 boleh membidik fokus pada jarak lebih kurang 2.5cm. Hasilnya kekal tajam dan profil warna tetap menawan.

Gambar oleh Zarnizar

Lain-lain perkara menarik tentang HONOR 70 yang anda perlu tahu

HONOR 70 bukan sahaja cemerlang di bahagian kamera, semua itu dibantu perkakasan-perkakasan berspesifikasi tinggi.

Misalnya, telefon ini diperkasa SoC Qualcomm Snapdragon 778G+ yang bekerja pada kelajuan setinggi 2.5Ghz. Pengguna di Malaysia ditawarkan dengan varian berspesifikasi paling tinggi iaitu RAM 8GB dan storan 256GB.

Gandingan tiga sekawan ini boleh galas tugasan harian yang dilemparkan kepadanya tanpa masalah.

Memberikan khidmat kepada anda seharian dengan satu bateri penuh bukanlah masalah padanya. Ia dibekalkan tangki bateri sebesar 4,800mAh beserta sistem pengecasan pantas 66W. Makanya, kekurangan bateri bukanlah satu isu buatnya.

Apa yang anda tunggu lagi? Dapatkan seunit HONOR 70 hari ini

Anda boleh dapatkan HONOR 70 dalam pasaran Malaysia pada harga RM1,999.

Beli sekarang untuk dapat hadiah percuma bernilai sehingga RM298, termasuk HONOR 70 casing dan lanjutan jaminan 1 tahun.

Layari laman rasmi HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut.

Tags: honorHonor 70penaja
Penaja

Penaja

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kenapa HONOR 70 berani guna IMX800, sensor kamera yang tak pernah orang lain guna?

Kenapa HONOR 70 berani guna IMX800, sensor kamera yang tak pernah orang lain guna?

25 August 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER