• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5G Malaysia: Tarikh akhir baru ditetapkan untuk telco sertai DNB

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:13 pm
  • 29/08/2022
  • Komen
5G Malaysia: Tarikh akhir baru ditetapkan untuk telco sertai DNB
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan terlepasnya tarikh akhir 8 Julai 2022 yang sepatutnya menyaksikan telco-telco utama negara menyertai Digital Nasional Berhad (DNB) untuk menyediakan servis 5G kepada pengguna Malaysia, Men-KOMM menerusi pengumuman terbaharu mengatkan yang tarikh baru telah ditetapkan kepada 31 Ogos 2022 dan proses perbincangan katanya berjalan lancar.

Berdasarkan laporan Bernama, Annuar Musa berkongsikan maklumat tersebut sewaktu lawatannya ke Celcom Business Tech Week 2022. Beliau juga menambah yang SKMM akan mempengerusikan satu mesyuarat pada 29 Ogos 2022 bagi memuktamadkan beberapa perkara.



Pelan asal DNB adalah untuk menawarkan 70% pegangan syarikat DNB diagih-agihkan antara telco utama negara yang sepatutnya akan selesai pada 8 Julai 2022 lalu. Namun, sehingga sekarang, masih belum ada satu telco mengesahkan bahawa telah menandatangani Reference Access Offer (RAO).

RAO adalah satu dokumen yang menggariskan secara jelas dalam bentuk hitam-putih harga dan tanggungjawab penyedia perkhidmatan 5G.



Setakat artikel ini ditulis, DNB masih belum melakukan apa-apa perubahan ke atas dokumen RAO. Dokumen itu boleh anda akses di sini. Antara maklumat yang terkandung di dalamnya adalah telco dikenakan bayaran pada kadar RM30,000/Gbps/bulan untuk akses 5G dan diikat dengan kontrak selama 10 tahun.

Ia adalah salah satu punca kenapa telco masih belum bersetuju dengan RAO itu.

Sumber: SoyaCincau

Bacaan berkaitan

  • CEO Yes 5G jawab kenapa iPhone sampai hari ini tak sokong rangkaian mereka
  • 6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai
  • 5 sebab kenapa Celcom, Digi, Maxis & U Mobile belum setuju tawaran 5G DNB
Tags: 5g5g malaysiacelcomdigiDNBmaxisSKMMu mobileyes 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5G Malaysia: Tarikh akhir baru ditetapkan untuk telco sertai DNB

5G Malaysia: Tarikh akhir baru ditetapkan untuk telco sertai DNB

29 August 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN