• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Aiskrim Nasi Lemak AirAsia kembali, dapatkan Nasi Lemak percuma dengan cara ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:44 pm
  • 29/08/2022
  • Komen
Aiskrim Nasi Lemak AirAsia kembali, dapatkan Nasi Lemak percuma dengan cara ini
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama Santan sangat terkenal dengan menu nasi lemaknya terutama di dalam penerbangan AirAsia. Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-65, AirAsia’s Santan kembali membawakan Aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser serta memperkenalkan perisa Boba Gula Melaka.

Aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2020. Kini, Santan telah menaik taraf resipinya menjadikan hidangan tersebut lebih enak. Aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser menawarkan aiskrim berperisa santan yang lemak berkrim, dihidangkan bersama-sama sambal istimewa, ikan bilis dan kacang tanah.



2 menu aiskrim ini dijual pada harga RM4.50 secawan. Ia tersedia secara eksklusif di sembilan buah Restoran Santan dan tiga Kafe Santan bermula 24 Ogos 2022 sehingga penghujung bulan September 2022. Selain itu, bermula sekarang sehingga 16 September 2022, anda boleh nikmati kombo ‘65 Merdeka Special’ iaitu satu hidangan Nasi Lemak On-The-Go, segelas minuman Pandan Cooler dan satu hidangan aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser atau aiskrim Boba Gula Melaka dengan harga RM6.50 sahaja. Promosi ini hanya tersedia untuk di makan di kafe Santan sahaja, tiada penghantaran.

Santan kini mempunyai 11 cawangan di seluruh Lembah Klang. Anda boleh berkunjung ke restoran Santan yang terletak di AEON Shah Alam, IOI Mall Puchong, KL East Mall, Kompleks PKNS Shah Alam, NU Sentral, Setia City Mall, Sunway Pyramid dan RedQ iaitu di ibu pejabat AirAsia. Manakala Kafe Santan pula terletak di The Gardens MidValley, RedQ dan RedStation (ibu pejabat AirAsia Super App) di KL Sentral.



Semua hidangan Santan disahkan Halal. Selain berkunjung ke cawangan berdekatan, anda boleh juga menempah makanan melalui ikon “Food” di aplikasi AirAsia atau laman web AirAsia, serta platform penghantaran lain.

Nasi Lemak percuma

Nak makan Nasi Lemak Pak Nasser On-The-Go percuma? Jika ya, anda boleh dapatkannya pada 31 Ogos 2022 dengan ikut langkah di bawah:

  1. Kunjungi salah satu daripada 7 cawangan Santan AirAsia ini: Sunway Pyramid, NU Sentral, PKNS Shah Alam, AEON Shah Alam, KL East Mall, Setia City Mall atau IOI Mall Puchong
  2. Jerit “Saya suka Nasi Lemak!” sebanyak 3 kali.
View this post on Instagram

A post shared by @santan.asean

Senang sangat nak dapatkan nasi lemak ini kan? Tapi ingat, ia hanya sah pada 31 Ogos 2022 sahaja dan hanya boleh dituntut di cawangan Santan AirAsia yang tersenarai. Anda boleh dapatkannya sementara stok masih ada.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Aiskrim Nasi Lemak AirAsia kembali, dapatkan Nasi Lemak percuma dengan cara ini

Aiskrim Nasi Lemak AirAsia kembali, dapatkan Nasi Lemak percuma dengan cara ini

29 August 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN