• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro kini bawakan Disney+ Hotstar di Ulti Box, didatangkan juga ciri baru menarik seperti Profil Multipengguna

  • OLEH Penaja
  • 11:54 am
  • 30/08/2022
  • Komen
Astro kini bawakan Disney+ Hotstar di Ulti Box, didatangkan juga ciri baru menarik seperti Profil Multipengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan oleh Astro

Anda ada Astro Ulti Box di rumah? Astro kini lancarkan aplikasi Disney+ Hotstar di Ulti Box sama seperti yang sudah sekian lama tersedia di Astro Ultra Box! Melaluinya, semua pelanggan aktif yang melanggan Disney+ Hotstar boleh tonton pelbagai saluran daripada aplikasi itu, tanpa perlu tinggalkan antaramuka Astro anda.

Dengan perkhidmatan HD yang disediakan, anda boleh tonton rancangan kegemaran tanpa sebarang gangguan. Walaupun cuaca buruk, anda masih boleh tonton sehingga 90,000 kandungan On Demand dengan lancar menerusi peranti masing-masing.

Untuk lebih nilai, pelanggan baharu boleh dapatkan perkhidmatan internet Astro iaitu Astro Fibre dan nikmati naik taraf tahap kelajuan yang lebih tinggi selama 6 bulan secara percuma. Tawaran ini tamat pada 30 September 2022 dengan kontrak 24 bulan. 

Anda boleh mulakannya dengan daftar pelan bundle 50 Mbps,100 Mbps atau 500 Mbps sebagai sebahagian daripada Kempen WiFi Lagi Kencang.

Cara akses Disney+ Hotstar di Ulti Box

Untuk akses Disney+ Hotstar di Ulti Box, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Tekan “Home” pada alat kawalan jauh Astro anda. 
  2. Untuk pengguna kali pertama, pilih “Disney+ Hotstar” menerusi rail “Apps” dan ikut  langkah yang tertera di skrin untuk pasang akaun Disney+ Hotstar anda.   
  3. Setelah   selesai, anda akan  dapat   akses segera ke kandungan-kandungan hiburan Disney+ Hotstar! 

Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang aplikasi Disney+ Hotstar di Ulti Box. 

Tawaran serendah RM99.99* sebulan untuk pelanggan baru

Jika anda pelanggan baru dan nak dapatkan akses Disney+ Hotstar sebagai sebahagian daripada langganan Astro, anda boleh pilih antara 2 pakej di bawah ini sekarang. Ada harga diskaun disediakan untuk anda:

  1. Premium 1 – RM99.99* sebulan
  2. Premium 3 – RM99.99* sebulan

*Harga potongan yang disediakan adalah untuk tempoh 6 bulan sahaja. Tawaran ini hanya untuk pelanggan baharu dengan kontrak 24 bulan. Tawaran Astro Premium 1 dan Premium 3 RM99.99/bulan akan tamat pada 30 Oktober 2022.

Astro GO, Ultra & Ulti Box dapat kemaskini baru

Di samping itu, pengalaman anda layari Astro menerusi Ultra Box, Ulti Box atau Astro GO akan jadi bertambah lancar dengan adanya 4 kemaskini baru ini. Ciri-ciri ini bakal memudahkan anda kawal dan tonton kandungan pilihan masing-masing.

1. Cipta sehingga 5 profil berbeza dalam satu akaun Astro

Melalui ciri Profil Multipengguna, Astro kini membenarkan sehingga 5 profil berbeza dicipta untuk satu isi rumah. Melalui profil masing-masing, kandungan berdasarkan pilihan dan tabiat tontonan setiap pengguna akan disyorkan. 

Setiap profil boleh mempunyai senarai Teruskan Menonton sendiri, mencipta senarai Watchlist peribadi, menandai saluran kegemaran sendiri, memilih avatar watak yang disukai dan banyak lagi! 

Anda juga boleh tukar profil seberapa banyak kali yang anda mahu. Dengan pengenalan Profil Kanak-Kanak, anak-anak anda kini boleh cari dan tonton program kegemaran mereka termasuklah Didi & Friends, Upin & Ipin serta Cocomelon dalam persekitaran yang dikhususkan.

2. Cari babak playback On Demand dengan paparan kecil 

Dalam kemaskini ini, anda boleh cari lokasi playback On Demand dengan lebih mudah dengan melihat pratonton adegan melalui lakaran kecil di progress bar. Ini dapat bantu anda memulakan playback video pada adegan yang tepat. Dengan ciri ini, bolehlah anda langkau babak yang anda tidak mahu tonton atau kembali semula melihat adegan yang anda inginkan.

3. Fungsi carian di Astro dipertingkatkan

Kini, hasil carian akan dipaparkan serta-merta mengikut setiap kata kunci yang ditulis dalam bar carian. Ini membolehkan anda lihat hasil carian dengan cepat tanpa beralih ke skrin baharu. Selain itu, kandungan On Demand yang popular akan disyorkan sebelum sebarang kata kunci dimasukkan. Lebih menarik, anda kini boleh lakukan carian menggunakan suara di Astro GO!

4. Lancarkan rancangan Netflix di Home Screen Astro

Selain itu, untuk anda yang gemar menonton kandungan Netflix, dengan mudah anda kini boleh lancar rancangan Netflix yang tertentu terus selepas tekan pada poster Netflix di Home Screen Astro.

Semua ciri ini semestinya akan berikan anda pengalaman menonton yang lebih lancar dan seronok. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai kemaskini ini, anda boleh bacanya di sini.

Tags: astroAstro Ulti Boxastro ultra boxDisney Plus Hotstarpenaja
Penaja

Penaja

POPULAR

Astro kini bawakan Disney+ Hotstar di Ulti Box, didatangkan juga ciri baru menarik seperti Profil Multipengguna

Astro kini bawakan Disney+ Hotstar di Ulti Box, didatangkan juga ciri baru menarik seperti Profil Multipengguna

30 August 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER