• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ZTE Blade A52 Lite, telefon 64GB paling murah di Malaysia dengan jaminan 18-bulan

  • OLEH Najib
  • 10:31 am
  • 01/09/2022
  • Komen
ZTE Blade A52 Lite, telefon 64GB paling murah di Malaysia dengan jaminan 18-bulan
Share on FacebookShare on Twitter

ZTE Malaysia baru-baru ini telah melancarkan beberapa model telefon pintar. Salah satu daripadanya adalah telefon pintar kelas permulaan, ZTE Blade A52 Lite.

Ia adalah telefon pintar yang sangat murah, dengan harga permulaan di bawah RM400. Ia juga adalah peranti dengan storan 64GB paling murah boleh anda beli di Malaysia. Telefon 64GB murah yang lain adalah seperti Wiko T10 (RM429) dan Redmi 10A (RM479).



Harga ZTE Blade A52 Lite

ZTE Malaysia menjual Blade A52 Lite dalam dua varian, dengan harga rasmi di Malaysia seperti berikut:

  • ZTE Blade A52 Lite (RAM 2GB + Storan 32GB) – RM389
  • ZTE Blade A52 Lite (RAM 2GB + Storan 64GB) – RM409

Dengan tambahan RM20, anda boleh dapat storan digandakan kepada 64GB. Telefon ini telah mula dijual di Malaysia sekarang dan boleh dibeli daripada pengedar sah ZTE, serta atas talian di Stor Rasmi ZTE di Lazada dan Shopee.



Tambah menarik, ZTE Malaysia menawarkan jaminan selama 18 bulan, atau 1.5 tahun bagi Blade A52 Lite. Jadi pengguna memiliki masa lebih panjang untuk tidak risaukan tentang kerosakan peranti.

Spesifikasi ZTE Blade A52 Lite

Kuasa daripada cip Unisoc SC9863A digunakan sebagai penggerak utama Blade A52 Lite. Ia datang bersama RAM 2GB, dan storan antara 32GB dan 64GB. Kad mikroSD diterima sehingga 512GB.

Telefon ini dilengkapi skrin LCD seluas 6.52-inci, dengan resolusi HD 720p. Ia bertakuk kecil di atas, memuatkan kamera hadapan. Di belakang, ia ada satu kamera sahaja, dengan resolusi 13MP.

Bateri berkapasiti 4,000mAh dimuatkan di dalam Blade A52 Lite. Tidak dinyatakan apakah kuasa pengecasannya, tetapi ia masih mengecas menggunakan port mikroUSB. Selain itu, ia juga ada jek audio 3.5mm.

Tidak banyak maklumat mengenai spesifikasi Blade A52 Lite diberitahu, serta sukar ditemui di internet. Berdasarkan spesifikasi ini, besar kemungkin ia menggunakan sistem operasi Android 11 Go Edition. Sama seperti peranti lain dengan RAM kecil 2GB seperti Wiko T10.

Tags: ZTEZTE Blade A53 Lite
Najib

Najib

POPULAR

ZTE Blade A52 Lite, telefon 64GB paling murah di Malaysia dengan jaminan 18-bulan

ZTE Blade A52 Lite, telefon 64GB paling murah di Malaysia dengan jaminan 18-bulan

1 September 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN