• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apa itu Vishing? Ini jawapan DBP, pasti pernah terjadi pada anda

  • OLEH Najib
  • 1:17 pm
  • 02/09/2022
  • Komen
Apa itu Vishing? Ini jawapan DBP, pasti pernah terjadi pada anda
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah dengar perkataan ‘Vishing‘? Jika tidak pernah, anda tidak keseorangan kerana kebanyakan rakan penulis di pejabat juga tidak pernah mendengar mengenainya. Tetapi ia sebenarnya adalah satu taktik penipuan yang sangat popular masakini.

Vishing sebenarnya singkatan daripada ‘Voice Phishing’. Perkataan phishing sudah selalu didengari, sejenis penipuan dengan cubaan memancing pengguna memberikan kata laluan kepada penceroboh. Pendek kata, vishing adalah salah satu cabang phishing.



Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah berkongsi perkataan Bahasa Melayu yang membawa maksud vishing iaitu penipuan panggilan. Vishing atau penipuan panggilan telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada rakyat Malaysia.

Peka Bahasa: penipuan panggilan

Telegram: https://t.co/alJv66tpCN
JendelaDBP: https://t.co/VYEtVej56K

Sumber: https://t.co/Y9V91BUucf#PekaBahasa #DekadBahasaKebangsaan#DekadMembacaKebangsaan #BahasaJiwaBangsa #MalaysiaMembaca#66TahunDBP #apidarisuatuzaman pic.twitter.com/iA3EpbSPza

— Dewan Bahasa dan Pustaka (@DBPMalaysia) September 2, 2022

Antara cara penipuan panggilan yang sering terjadi di Malaysia adalah panggilan yang kononnya daripada pihak berkuasa seperti Polis, Mahkamah, Peguam, LHDN, malah ada juga berlakon sebagai penghantar barangan. Penerima panggilan penipuan akan ditakutkan dengan pelbagai kesalahan yang tidak mereka lakukan, seperti tunggakan cukai peribadi, pakej berisi barang terlarang atau kes langgar lari. Dari situ, penipu akan meminta wang yang banyak daripada mangsa untuk menyelesaikan kes tersebut.



Teknologi kian canggih saban hari tetapi taktik menipu juga turut meningkat canggih. Sebagai orang awam, apa yang perlu diketahui adalah tanda-tanda penipuan. Jika terima panggilan kononnya daripada pihak berkuasa, anda boleh meletak panggilan itu dan cuba hubungi talian rasmi pihak berkuasa tersebut dan semak tentang butir diri anda.

Selain itu, pihak bank juga tidak akan meminta sebarang maklumat pengguna menerusi telefon. Jika ada terima panggilan bank yang berbuat demikian, anda boleh guna cara yang sama iaitu letak panggilan dan hubungi talian rasmi bank untuk bertanya situasi tersebut.

Ingat, yang penting cuba bertenang dan berfikir rasional. Paling mudah, letak terus panggilan daripada sesiapa dan cuba hubungi talian rasmi mereka untuk kepastian.

Jangan jadi mangsi penipuan panggilan atau vishing ya.

[Sumber: DBP]

Tags: dbpvishing
Najib

Najib

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Apa itu Vishing? Ini jawapan DBP, pasti pernah terjadi pada anda

Apa itu Vishing? Ini jawapan DBP, pasti pernah terjadi pada anda

2 September 2022
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER