Adakah anda sedang cari pengecas untuk semua gajet elektronik milik anda? Dalam artikel ini saya senaraikan 5 pengecas berteknologi GaN yang boleh anda pertimbangkan sebab ia ada specs yang tinggi pada harga yang mampu milik, sekurang-kurangnya 4 daripada 5-lah.
Teknologi GaN dalam produk mengecas merujuk kepada bahan yang bernama Gallium Nitrida. Ia semakin popular digunakan bagi menggantikan Silikon dalam penghasilkan transistor dalam produk pengecas atas beberapa sebab. Yang pertama adalah ia lebih tahan panas dan yang kedua adalah ia boleh kendalikan voltan lebih tinggi berbanding Silikon.
Oleh sebab itu, bile menggunakan transistor berasaskan Gallium Nitrida, ia memungkinkan pengeluar menghasilkan pengecas yang lebih kecil dan boleh outputkan kuasa lebih tinggi.
1. UGREEN 65W 2-port
Ini adalah pengecas 65W paling kompak dalam senarai. Kami menyarankannya sebab kami ada beberapa unit di pejabat dan ia memang sangat kompak.
Seandainya laptop anda boleh menerima kuasa menerusi USB-C, ini adalah solusi pengecas yang sangat mudah alih. Anda cuma perlu dapatkan kabel USB-C yang menyokong 65W kuasa untuk mula mengecas.
Pengecas ini ada dua port USB-C. Sekiranya kedua-dua port digunakan, port pertama akan output 45W manakala port kedua 20W. Makanya, kalau anda perlukan 65W maksimum, port kedua jangan digunakan untuk mengecas apa-apa.
Tapi, kalau anda ada iPad dan iPhone, anda boleh charge kedua-dua mereka serentak pada kelajuan maksimum.
Sebagai rujukan,
- iPhone sokong maksimum 20W – sumber
- iPad sokong maksimum 45W – sumber
- MacBook yang lebih moden menyokong sehingga 140W – sumber
Versi 100W juga ada yang bahagikan tenaga pada pecahan 65W/30W. Dengannya, anda boleh charge laptop dan iPhone anda dalam kelajuan penuh.
Harganya adalah sekitar RM169.
2. Mcdodo 65W 3-port
Pengecas mcdodo ini jenis yang pasang di soket dinding. Ia seperti versi ugreen tadi, tapi ada 3 port USB pada harga bawah RM100.
Saya sukakan rekaan ini sebab kepala soketnya boleh diubah. Kalau saya bawa ini ke luar negara, tak perlu lagi bawa travel adapter. Anda cuma perlu tukar kepala sebelum mulakan perjalanan.
Dua port USB-C bahagian atas boleh output sehingga 65W jika digunakan berseorangan. Kalau gunakan lebih daripada 1, kuasa akan dibahagian dengan port pertama keluarkan 45W manakala baki 15W akan dikongikan dengan dua port selebihnya.
Ia boleh digunakan untuk cas laptop. Tapi kalau anda nak guna semua port, ia cuma mampu tampung 1 iPad Pro dan dua lagi gajet pada kelajuan biasa.
3. Baseus 100W 4-port
Ini adalah pengecas 4 port dengan output 100W. Daripada badan pengecas, ada kabel elektrik yang panjang untuk disambung kepada punca kuasa.
Pengecas jenis ini sangat berguna kalau anda ingin letaknya di atas meja. Tidaklah anda perlu sambung kabel USB-C di bawah dekat dengan soket. Ia jadikan proses mengecas lebih kemas.
Dua port USB-C yang tersedia boleh beri output 65W+30W. Output sebegini sesuai untuk cas laptop bersama-sama dengan iPhone pada kelajuan penuh. Tapi kalau semua port digunakan, pecahannya adalah 60W+20W+18W. Dan, 18W itu akan dibahagikan antara 2 port USB-A.
Harga pengecas ini adalah RM189.99. Versi 65W juga ada dan and boleh dapatkannya pada harga RM135.99
4. PROLink 120W 4-port
Pengecas ini daripada jenama Prolink dengan output maksimum 120W menerusi 4 port USB-C. Di badannya ada 3 port USB-C dan 1 port USB-A. Apabila digunakan serentak semuanya, USB-C paling atas keluarkan 65W, USB-C kedua 30W, USB-C ketiga 24W manakala USB-A terakhir 24W.
Dengan pengecas ini, anda boleh cas laptop anda dalam kelajuan maksimum. Laptop yang bukan laptop gaming, dan yang boleh terima input 65W.Port kedua anda boleh cas MacBook Air M2 pada kelajuan hampir 1/5 daripada kelajuan penuh. Kalau anda buat kerja-kerja ringan bolehlah.
Dua port akhir, anda bleh cas iPhone pada kelajuan maksimum.
5. Ugreen Nexode 200W
Ini adalah pengecas paling padu boleh anda temui di Lazada & Shopee. Atas badannya ada 6 port. 4 USB-C dan 2 USB-A.
2 laptop pada kadar 100W atau 3 laptop biasa atau bila gunakan semua port, anda boleh cas 1 laptop biasa, 2 ipad pro, 1 iphone dan dua gajet bluetooth serentak.
Yang tak menahan adalah harganyalah. Di Lazada, saya temukan harganya adalah pada RM759 manakala di Shopee pada harga serendah RM879.
Bukan setakat portable. Kalau pengecas ni jadi ada di ruang kerja, pastinya kabel management akan jadi kemas je.
Anda tak perlukan pengecas GaN dalam semua keadaan
Anda tak semestinya perlukan GAN charger untuk semua peranti. Charger seperti ini berguna kepada golongan digital nomad yang mungkin ada 1 laptop dan 1 telefon untuk dicas pantas. Dah namanya digital nomad, selain mengecas pantas, kelengkapan mereka perlu juga ada tahap portability yang tinggi.
Namun, kalau gajet yang perlu anda cas, tak sokongpun pengecasan pantas saya rasakan agak membazir untuk dapatkan pengecas sebegini. Contohnya, anda nak cas bateri kamera, bateri walkie talkie, fon putik, barang-barang bluetooth.
Bianya, gajet-gajet ini, wattage maksimum yang akan dikendalikan mereka adalah 5V 1A sahaja. Jadi, anda boleh dapatkan pengecas berbilang port USB lebih murah, asalkan setiap port mampu output 5W.
Contohnya pengecas berbilang port daripada ProLink ini. Ia ada 6 port dan setiap satunya boleh pergi maksimum 12W. Ia sangat sesuai sebagai untuk charging station untuk gajet-gajet kecil anda. Harganya RM99 sahaja.