• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MySejahtera sediakan ciri derma organ, kemaskini ini disambut baik orang ramai

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:36 pm
  • 05/09/2022
  • Komen
MySejahtera sediakan ciri derma organ, kemaskini ini disambut baik orang ramai
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah terfikir untuk dermakan organ? Jika ya, urusan tersebut akan menjadi lebih mudah kerana pendaftaran sebagai pengikrar derma organ boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera bermula 6 September ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, apabila anda berikrar melalui MySejahtera, maklumat itu akan terus sampai ke Pusat Sumber Transplan Nasional. Anda boleh lihat contoh Kad Ikrar Pendermaan Organ yang tersedia di dalam MySejahtera melalui tangkap layar yang dikongsikan Khairy Jamaluddin di bawah. Tapi, tidak dapat dipastikan sama ada kad fizikal akan diterima juga atau pun tidak.



Saya telah berikrar menjadi penderma organ sejak 2015. Bermula minggu depan proses ini dimudahkan lagi dengan ciri baharu dalam @my_sejahtera yang akan berhubung terus dengan National Transplant Resource Centre untuk penyampaian kepada database yang lebih teratur. pic.twitter.com/wTlzh3vI4S

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 4, 2022

Walaupun sebelum ini ramai pengikrar derma organ, tapi menurut Khairy Jamaluddin, faktor seperti database tidak berapa teratur, waris tidak dimaklumkan dan tidak memberi kebenaran, serta masih ada keraguan dari segi agama menyebabkan transplantasi sebenar agak rendah. Akibatnya, ramai dalam kalangan individu yang menunggu organ menderita. Beliau memberikan contoh, pesakit buah pinggang peringkat akhir di negara lain akan dapat transplantasi. Namun di Malaysia, pesakit menderita mendapatkan dialisis tiga kali seminggu.

Dalam satu temubual media, Khairy Jamaluddin berkata, bilangan pesakit yang masih menunggu untuk mendapatkan derma organ di Malaysia sehingga 4 September adalah seramai 10,442 orang.



Mungkin ada dalam kalangan masyarakat yang langsung tidak pernah terfikir untuk menderma organ. Tapi, oleh kerana aplikasi MySejahtera sangat dekat dengan masyarakat, tentu ramai yang akan cakna mengenai hal ini dan bakal membuat keputusan untuk ambil bahagian mendaftar sebagai pengikrar derma organ.

Ini merupakan satu kemaskini yang sangat berguna. Berdasarkan Tweet Khairy Jamaluddin di Twitter, dapat dilihat perkongsiannya itu disambut baik oleh orang ramai. Malah, ada juga yang mencadangkan untuk menambah ciri rekod derma darah di MySejahtera.

Sebagai pengguna MySejahtera, saya juga harapkan ada lebih banyak lagi ciri lain yang boleh ditambah supaya ia dapat memudahkan masyarakat berurusan dengan pihak hospital tanpa perlu membawa rekod perubatan fizikal. Antaranya ialah rekod suntikan imunisasi bayi, rekod pemeriksaan ibu mengandung dan pemeriksaan kesihatan lain yang serius. Ini sekaligus dapat menjadikan MySejahtera sebagai satu-satunya aplikasi kesihatan penting yang boleh diguna ramai.

[Sumber: Bernama, SinarHarian]

Tags: mysejahtera
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MySejahtera sediakan ciri derma organ, kemaskini ini disambut baik orang ramai

MySejahtera sediakan ciri derma organ, kemaskini ini disambut baik orang ramai

5 September 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN