• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco M5 dan Poco M5s dilancar, telefon pertama Poco tanpa pengecas dalam kotak

  • OLEH Najib
  • 11:37 pm
  • 05/09/2022
  • Komen
Poco M5 dan Poco M5s dilancar, telefon pertama Poco tanpa pengecas dalam kotak
Share on FacebookShare on Twitter

Barisan peranti Poco menjadi semakin sukar untuk dipilih apabila Poco mengumumkan ketibaan dua telefon pintar baru, Poco M5 dan Poco M5s. Ia boleh dikatakan peranti kelas pertengahan yang tidak menyokong 5G.

Cuma, agak pelik apabila Poco M5 dengan prestasi lebih tinggi daripada Poco M5s, dijual pada harga lebih murah. Menariknya, pelancaran antarabangsa ini disusuli dengan pengumuman jualan di Malaysia tidak lama lagi.



Harga dan tarikh jualan

Poco M5 dan Poco M5s akan dijual di Malaysia dalam dua varian dan tiga pilihan warna. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Poco M5 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM649
  • Poco M5s (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM799
  • Poco M5 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM699
  • Poco M5 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM899

Seperti biasa, Poco akan mengadakan promosi dalam bentuk potongan harga untuk pembeli terawal. Dari 7 hingga 14 September 2022, pembeli Poco M5 dan Poco M5s boleh menerima diskaun sehingga RM100. Harga selepas diskaun adalah seperti berikut:



  • Poco M5 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM649 RM599
  • Poco M5s (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM799 RM699
  • Poco M5 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM699 RM659
  • Poco M5 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM899 RM849

Diskaun pembelian terawal ini terdapat di Stor Poco Global di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Poco M5

Poco M5 dilengkapi pemproses agak baru, Mediatek Helio G99 6nm. Ia adalah cip naik taraf daripada Helio G96 dan pastinya lebih hebat daripada Helio G95. RAM pula jenis LPDDR4x dan storan dalaman jenis UFS 2.2. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB.

Bagaimanapun, paparannya jenis LCD berukuran 6.58-inci. Resolusinya HD Penuh dan ia ada kadar penyegaran dinamik 90Hz. Kaca Corning Gorilla menjadi lapisan luar skrin dan paparan ini memiliki kecerahan setinggi 500nits.

Terdapat takuk kecil di dahi skrin, memuatkan kamera hadapan 5MP F2.2. Manakala di belakang, ia menggunakan kamera utama 50MP F1.8, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP.

Tenaga diberikan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Kepala pengecas 22.5W diberikan di dalam kotak. Selain itu, ia ada pengimbas capjari yang ditanam di dalam butang kuasa di sisi.

Sistem bunyi tidak dinyatakan stereo, bermakna bunyinya hanya mono. Ia masih ada jek audio 3.5mm dan turut dilengkapi pemancar inframerah. Sistem operasi MIUI 13 berasaskan Android 12 digunakan oleh Poco M5.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Poco M5 iaitu hitam, hijau dan kuning. Bahagian belakang telefon ini menggunakan kemasan kulit tiruan, dikatakan kalis kesan capjari.

Spesifikasi Poco M5s

Walaupun harga Poco M5s lebih mahal daripada Poco M5, ia dikuasakan cip Mediatek Helio G95 12nm yang lebih rendah prestasi daripada Helio G99. RAM dan storan serupa iaitu LPDDR4x dan UFS 2.2. Kad mikroSD turut diterima sehingga 1TB.

Tetapi hanya prestasi sahaja lebih rendah, lain-lain perkara di Poco M5s adalah lebih baik daripada Poco M5. Pertama di paparan, ia jenis AMOLED 6.43-inci HD Penuh tetapi kadar penyegaran 60Hz sahaja. Kecerahan setinggi 1,100 nits.

Kaca Corning Gorilla digunakan sebagai lapisan perlindungan skrin. Lubang kecil di dahi skrin pula, menempatkan kamera hadapan 13MP F2.4. Pengimbas capjari masih di sisi dalam butang kuasa, bukannya dalam skrin AMOLED.

Kamera belakang juga lebih baik, bermula dengan kamera utama 64MP F1.8. Ia digandingkan bersama kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP.

Bateri di dalamnya 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Tetapi ada satu masalah besar di sini. Kepala pengecas dikatakan tidak hadir di dalam kotak, ia dijual berasingan. Jika benar, bermakna ia adalah peranti pertama Poco tanpa pengecas diberikan.

Sistem bunyi stereo dihasilkan menerusi dua pembesar suara di atas dan bawah telefon. Jek audio 3.5mm masih ada, termasuk pemancar infra merah. Sistem operasi pula serupa, MIUI 13 berasaskan Android 12.

Ada tiga warna boleh dipilih untuk Poco M5s iaitu kelabu, putih dan biru. Tiada pula warna tema Poco iaitu kuning.

Bacaan Berkaitan

  • Poco M4 5G, spec hampir sama dengan perubahan fizikal dan harga lebih tinggi
  • Poco C40 dengan skrin dan bateri besar, kini sah telefon termurah Poco di Malaysia
  • Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Poco F4: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Poco F4 GT muncul sebagai telefon Snapdragon 8 Gen 1 termurah di Malaysia
Tags: PocoPoco m5Poco M5s
Najib

Najib

POPULAR

Poco M5 dan Poco M5s dilancar, telefon pertama Poco tanpa pengecas dalam kotak

Poco M5 dan Poco M5s dilancar, telefon pertama Poco tanpa pengecas dalam kotak

5 September 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER