• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GoPro akan perkenalkan Hero 11 Black dan Hero 11 Mini?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:31 am
  • 07/09/2022
  • Komen
GoPro akan perkenalkan Hero 11 Black dan Hero 11 Mini?
Share on FacebookShare on Twitter

Kamera aksi GoPro Hero 10 Black dilancarkan pada pertengahan September 2021. Menjengah bulan September 2022, anda bolehlah jangkakan kemas kini kepada kamera aksi kesayangan anda ini. Sejumlah gambar yang dikatakan daripada sumber rasmi telah dimuat naik oleh outlet media terkenal tentang siri GoPro Hero 11.

Dikatakan yang akan ada varian GoPro Hero 11 bakal ditawarkan. Varian pertama adalah versi yang biasa anda temukan dan satu lagi adalah versi kompak yang dikenali sebagai GoPro Hero 11 Mini. Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, Hero 11 Mini kelihatan seperti kemas kini kepada Hero 5 Session tahun 2016.



Kamera fizikaliti kompak sebegini terkenal dalam kalangan pengguna drone FPV sebagai kamera rakaman beresolusi tinggi. Namun begitu, Hero 11 Mini tidaklah nampak sekecil Session. TIdaklah diketahui adakah ia cukup ringan untuk diangkut drone FPV tanpa menjejaskan hayat bateri dron.

Hero 5 Session

Tiada spesfikasi teknikal kamera ini dikongsikan oleh pemuat naik gambar.



Beralih kepada Hero 11 Black, ia masih mengekalkan fizikaliti Hero 10 Black yang bermakna segala aksesori mungkin masih boleh diwariskan kepada kamer abaharu ini. Yang berbeza adalah pada komponen dalam.

Dilaporkan yang Hero 11 Black bakal diperkasa sensor imej baharu dengan resolusi 27MP. Keupayaan merakam pula berada pada paras 5.3K@60 ataupun 4K@120. Lagi yang bakal diperkenal adalah HyperSmooth 5.0. Bateri ADBAT-011 katanya masih digunakan iaitu bateri yang digunakan sejak Hero 9 lagi.

Berkaitan harga jualannya, jangkakan ia sekitar harga GoPro Hero 10 Black yang diumumkan pertenghaan September 2021 lalu. Sewaktu dilancarkan Hero 10 Black dipasarkan pada harga RM2,399.

Sumber: WinFuture, 2

Tags: GoProgopro herogopro hero 11 blackgopro hero 11 black minigopro hero 11 minikamerakamera aksi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

GoPro akan perkenalkan Hero 11 Black dan Hero 11 Mini?

GoPro akan perkenalkan Hero 11 Black dan Hero 11 Mini?

7 September 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN