• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iOS 16: muat turun mulai 12 september, semak iPhone yang serasi & ciri paling menarik

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:20 pm
  • 08/09/2022
  • Komen
iOS 16: muat turun mulai 12 september, semak iPhone yang serasi & ciri paling menarik
Share on FacebookShare on Twitter

Apple baru sahaja selesai melancarkan barisan telefon baru di dalam keluarga iPhone 14. Dalam masa yang sama, Apple juga telah umumkan mengenai kemaskini perisian iOS 16 yang akan dikeluarkan kepada pengguna iPhone bermula minggu depan, pada 12 September. Pengguna Malaysia boleh dapatkannya pada 13 September. Jadi, model iPhone apa yang serasi dengan perisian ini? Berikut merupakan senarainya:

  • iPhone 14
  • iPhone 14 Plus
  • iPhone 14 Pro
  • iPhone 14 Pro Max
  • iPhone 13
  • iPhone 13 mini
  • iPhone 13 Pro
  • iPhone 13 Pro Max
  • iPhone 12
  • iPhone 12 mini
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max
  •  iPhone 11
  •  iPhone 11 Pro
  •  iPhone 11 Pro Max
  •  iPhone XS
  •  iPhone XS Max
  •  iPhone XR
  •  iPhone X
  •  iPhone 8
  •  iPhone 8 Plus
  •  iPhone SE generasi ke 2 dan ke atas

Untuk kemaskini sistem operasi, anda boleh pergi ke tetapan kemudian muat turun kemas kini yang tersedia. Setelah selesai, anda akan dapat akses semua ciri baharu yang disertakan dalam iOS 16.



Ciri baharu pada iOS 16

Ada banyak ciri baru yang akan anda temui pada iOS 16. Berikut merupakan yang menarik padanya.

1. Kunci skrin lebih peribadi

Anda boleh peribadikan kunci skrin dengan pamerkan gambar kegemaran di situ. Dengan kesan berbilang lapisan yang baru, ia akan membantu subjek pada gambar kelihatan timbul. Anda juga boleh sesuaikan jenis font dan letakkan satu set widget untuk dapatkan maklumat dengan cepat di sini. Antara widget yang boleh dipasang ialah cuaca, acara kalendar, tarikh, zon masa, penggera, paras bateri dan banyak lagi.



Selain itu, anda juga boleh lihat notifikasi pada kunci skrin dalam keadaan ia bertindan. Notifikasi ini muncul di bahagian bawah skrin. Satu lagi ciri menarik adalah Live Activities. Ia boleh tunjukkan maklumat masa nyata terus di kunci skrin seperti berita, penghantaran makanan dan banyak lagi.

2. Focus

Apple juga naik taraf Focus ke dalam kunci skrin. Dengan Focus, anda boleh tetapkan notifikasi yang diingini sahaja dipaparkan di kunci skrin. Hanya perlu swipe sahaja, anda boleh beralih kunci skri daripada Personal Focus kepada Work Focus beserta paparan widget tertentu yang anda aturkan.

3. Kongsi gambar guna iCloud Shared Photo Library

iCloud ditambah fungsi perkongsian iCloud Shared Photo Library. Ia membenarkan sehingga 5 orang pengguna kongsi galeri gambar yang sama. Anda juga boleh memuat naik terus gambar dari kamera untuk digunakan bersama.

4. Sunting mesej di Messages

Paling seronok, anda boleh sunting mesej 15 minit selepas ia dihantar dan tarik balik mesej itu dalam masa 2 minit selepas anda hantarnya. Anda juga dibenarkan untuk tanda mesej sebagai belum dibaca jika anda tidak dapat membalasnya pada waktu itu.

Apple juga sertakan ciri SharePlay ke dalam Messages untuk memudahkan anda kongsi kandungan lagu atau video bersama rakan dan tontonnya bersama. Malah dibenarkan juga kongsi nota, pembentangan, peringatan, tab Safari dan banyak lagi di dalam Messages.

5. Carian Mail diperbaiki

Carian di Mail akan berikan hasil yang lebih tepat dan lengkap serta disediakan cadangan sebelum anda mula menaip. Dengan iOS 16 juga, anda boleh batalkan e-mel yang baru dihantar hantar dengan mudah, jadualkan mesej untuk dihantar pada bila-bila masa dan dapatkan peringatan untuk membuat susulan e-mel.

6. Passkeys dan FaceTime terus dari Safari

Dari Safari, pengguna boleh kongsi tab dan penanda halaman, hantar mesej serta mulakan FaceTime terus darinya. Contohnya, anda rancang percutian bersama rakan, jadi anda boleh kongsi semua tab di satu tempat. Apabila mereka jumpa sesuatu yang berkaitan, mereka juga boleh menambah tab itu.

Log masuk juga bakal jadi lebih selamat dengan menggunakan kekunci laluan Passkeys (kunci laluan). ini merupakan kaedah log masuk baru yang disulitkan hujung ke hujung dan selamat daripada pancingan data serta kebocoran data. Ini menjadikan kunci laluan lebih kuat daripada semua jenis pengesahan dua faktor biasa.

7. Live Text di video

Fungsi penterjemah masa nyata boleh digunakan di video juga. Berhentikan video pada mana-mana babak yang mengandungi teks untuk gunakan fungsi terjemah, salin, cari, kongsi dan banyak lagi. Anda juga akan lebih mudah menghubungi nombor telefon, layari laman web, tukar mata wang dan banyak fungsi lagi melalui gambar, video dan kamera.

8. Maps

Dengan menggunakan Maps, anda boleh tambah berbilang perhentian di sepanjang laluan ke lokasi yang ingin dikunjungi. Selain itu, anda juga boleh akses laluan sebelumnya dengan mudah dalam Recent. Maps juga akan syncs merentasi peranti anda, jadi bolehla anda cari lokasi pada Mac dan lihatnya pada iPhone.

9. Aplikasi Home serba baharu

App Home mempunyai reka bentuk serba baharu yang memudahkan anda navigasi, susun, lihat dan mengawalnya. Kategori baharu untuk Climate, Lights, Security dan banyak lagi, membolehkan anda akses aksesori yang berkaitan dengan hanya satu klik sahaja.

10. Health dan Fitness bantu uruskan kesihatan pengguna

Ciri baru Medication dalam aplikasi Health akan bantu pengguna urus ubat yang ambil. Aplikasi Fitness pula bakal bantu anda jejak kecergasan walaupun anda tidak mempunyai Apple Watch. Dengan menggunakan penderia gerakan pada iPhone, ia akan beri anggaran kalori anda selepas anda berjalan atau lakukan senaman.

11. Permintaan masa skrin di Family Sharing jadi lebih mudah

Buat akaun Family Sharing untuk anak anda dari mula dengan mudah. Tetapkan pilihan anda untuk kandungan media yang sesuai dengan umur, masa skrin, perkongsian lokasi dan banyak lagi. Dalam iOS 16 ini, permintaan masa skrin daripada anak-anak bakal muncul dalam Messages. Ini akan lebih memudahkan anda untuk luluskan atau tolak permintaan mereka.

Ada banyak lagi ciri lain yang dinaik taraf dan baru tersedia untuk pengguna iOS 16. Ada boleh ketahuinya lebih lanjut di sini.

[Sumber: 9TO5Mac, Apple]

Tags: iOS 16
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

iOS 16: muat turun mulai 12 september, semak iPhone yang serasi & ciri paling menarik

iOS 16: muat turun mulai 12 september, semak iPhone yang serasi & ciri paling menarik

8 September 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER