• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony lancar telefon gaming, tapi yang gaming-nya bukanlah telefon

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:58 am
  • 14/09/2022
  • Komen
Sony lancar telefon gaming, tapi yang gaming-nya bukanlah telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Sony mengumumkan satu varian Xperia 1 IV baharu yang bernama Sony Xperia 1 IV Gaming Edition. Ia adalah Xperia 1 IV yang didatangkan bersama-sama aksesori Xperia Stream yang akan saya terangkan kemudian.

Tapi sebelum itu, tentang telefon itu, ia ada paparan 4K OLED sebesar 6.5” dengan nisbah paparan 21:9. Kadar segar semula paparan itu adalah 120Hz dengan frekuensi input setinggi 240Hz. Atas papan utama, ia masih menggunakan SoC Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 daripada tahun lepas tapi RAM dan storan telah ditambah kepada masing-masing 16GB dan 512GB.



Anda boleh baca spesifikasi telefon ini secara terperinci di artikel pengumuman kami di sini.

Bersama-sama dengan telefon itu, Sony turut menyertakan secara percuma aksesori untuk dipadankan dengannya. Xperia Stream adalah casing khas yang mengandungi komponen penyejuk dan beberapa port I/O yang katanya memudahkan pengguna.



Anda beroleh jek audio 3.5mm, HDMI, LAN, dan USB-C. Seperti namanya, mungkin aksesori ini ditujukan kepada streamer untuk siarkan siaran langsung permainan kepada peminat mereka.

Sony Xperia 1 IV Gaming Edition setakat ini djjual di dalam pasaran Jepun. Harga seunit peranti ini di sana adalah JPY 189,200 (RM5,727). Untuk perbandingan, Xperia 1 IV versi biasa dijual dengan tanda harga JPY 174,900 (RM5,477) ataupun berbeza 5% daripada versi Gaming.

Di Malaysia, Xperia 1 IV dijual pada harga RM6,099 dan jika kenaikkan adalah relatif, harganya mungkin mencecah RM6,400. Untuk harga sebegitu, ia sudahpun berada dalam kawasan iPhone 14 Pro Max edisi 256GB yang saya rasakan lebih praktikal.

Daripada Sony menghabiskan sumber ke atas Xperia 1 IV Gaming Edition ini, lebih baik mereka hasilkan pengganti kepada PS Vita. Konsol tangan terakhir Sony itu ditamatkan sokongannya oleh si pengeluar dalam tahun 2019 dengan jumlah jualan global 15.82 juta unit. Memanglah ia tidak akan dapat menyaingi Nintendo Switch yang berada di takat 112 juta, sekurang-kurangnya pengguna ada altenatif kepada Steam Deck sebagai konsol permainan mudah alih versatil.

ROG Phone 6

Siapalah yang akan beli telefon ini bila mereka ada ROG Phone 6?

Sumber: GSMArena, Sony

Tags: androidgamingSonysony xperiasony xperia 1 ivsony xperia 1 iv gaming editiontelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Sony lancar telefon gaming, tapi yang gaming-nya bukanlah telefon

Sony lancar telefon gaming, tapi yang gaming-nya bukanlah telefon

14 September 2022
AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER