• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna merungut, YouTube kini tayang 5 iklan sebelum video dimainkan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:30 pm
  • 14/09/2022
  • Komen
Pengguna merungut, YouTube kini tayang 5 iklan sebelum video dimainkan
Share on FacebookShare on Twitter

Youtube baru-baru ini telah laksanakan format iklan baharu tapi ia diuji secara senyap kepada penonton. Kebiasaannya individu akan ditontonkan sehingga 2 iklan di Youtube sebelum video dimainkan. Tapi dalam ujian ini, pengguna yang tidak melanggan YouTube Premium akan ditontonkan sehingga 5 iklan sebelum video yang ingin ditonton bermula.

Berita ini mula tercetus apabila beberapa pengguna YouTube mula mengadu di Twitter dan Reddit. Mereka telah menerima 5 iklan yang tidak boleh dilangkau sebelum dapat menonton video pilihan masing-masing.



Berikutan hal ini, YouTube telah berikan jawapan rasmi di Twitter dan mengakui situasi itu. Mereka menyatakan bahawa fenomena 5 iklan ini boleh berlaku kepada pengguna YouTube dengan jenis format iklan tertentu yang dipanggil iklan bamper (bumper ads). Seperti yang dijelaskan oleh YouTube, iklan bamper ini ialah iklan berbentuk pendek, biasanya berdurasi sehingga 6 saat dan tidak boleh langkau.

hmm…this may happen with a certain type of ad format called bumper ads, since they’re only up to 6 seconds long. if you’d like, you can send feedback directly from YouTube via the send feedback tool

— TeamYouTube (@TeamYouTube) September 7, 2022

Akhir sekali, YouTube turut mengingat pengguna untuk hantar maklum balas terus kepada syarikat itu melalui ciri Send feedback di YouTube, jika mempunyai sebarang maklum balas mengenai dasar iklan mereka.



Setakat ini, saya masih belum jumpa lagi 5 iklan yang tidak boleh dilangkau. Jadi, boleh dikatakan bukan semua pengguna YouTube berhadapan dengan perkara ini. Ini juga bermaksud YouTube sedang menguji ciri ini hanya dalam kalangan pengguna YouTube yang terpilih. Di samping itu, tidak diketahui juga sama ada perubahan format 5 iklan ini akan dilancarkan kepada semua pengguna YouTube Free atau pun tidak.

Dalam format iklan yang baru ini, jika satu iklan berdurasi 6 saat, ini bermakna jumlah masa iklan yang perlu ditonton ialah 30 saat. Berdasarkan pemerhatian saya, perkara ini sama sahaja dengan format 2 iklan yang tidak boleh dilangkau. Jumlah masa iklan yang perlu ditonton juga adalah sehingga 30 saat. Jadi, tiada beza dari segi masa, malah anda boleh tonton pelbagai jenis iklan. Jika anda tak nak diganggu iklan, langganlah Youtube Premium pada harga RM17.90 sebulan.

[Sumber: Gizmochina]

Tags: YouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pengguna merungut, YouTube kini tayang 5 iklan sebelum video dimainkan

Pengguna merungut, YouTube kini tayang 5 iklan sebelum video dimainkan

14 September 2022
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN