• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia gembira kembali ke Terminal 4 Changi Singapura, lebih efisyen dan murah untuk operasi

  • OLEH Najib
  • 4:10 pm
  • 19/09/2022
  • Komen
AirAsia gembira kembali ke Terminal 4 Changi Singapura, lebih efisyen dan murah untuk operasi
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia begitu gembira apabila mengumumkan mereka kembali beroperasi di Terminal 4 (T4) Changi, Singapura. Penggunaan terminal ini telah dihentikan buat sementara waktu ketika pandemik melanda dan kini ia telah kembali dibuka, menyediakan perkhidmatan untuk beberapa syarikat penerbangan, termasuk AirAsia.

Penerbangan pertama AirAsia AK703 mendarat di T4 Changi dari Kuala Lumpur, pada jam 8:30 pagi, hari Khamis 15 September 2022 menggunakan pesawat Airbus A330. Penerbangan pergi balik pula, AK702 berlepas dari T4 Changi ke Kuala Lumpur pada jam 9:10 pagi.



Penerbangan ke dan dari Singapura dikendalikan oleh empat syarikat penerbangan di bawah kumpulan itu; AirAsia Malaysia (AK), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia Thailand (FD) dan AirAsia Filipina (Z2), menghubungkan 168 penerbangan setiap minggu ke 12 destinasi di seluruh Asean. Kekerapan mingguan pada masa ini adalah kira-kira 60% daripada operasi syarikat penerbangan itu di T4 sebelum pandemik dan ia merancang untuk mengembalikan sehingga 96% kekerapan sebelum pandemik menjelang akhir tahun ini.

AirAsia mengadakan acara khas pada hari yang sama untuk mengumumkan penyambungan semula perkhidmatan di T4 Changi. Ia dihadiri oleh pegawai atasan termasuk Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AAAGL bersama-sama Logan Velaitham, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura; Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia; Veranita Yosephine Sinaga, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia; Ricky Isla, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Filipina; Santisuk Klongchaiya, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Thailand; dan Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia.



T4 Changi lebih efisyen dan murah

Tony bersama penumpang dalam penerbangan pertama AirAsia mendarat di T4 Changi

Dalam acara tersebut, Tony menyatakan bahawa beliau amat gembira dapat kembali ke T4 Changi kerana ia terminal yang sangat efisyen dalam pengurusan, sekaligus dapat menjimatkan kos operasi mereka.

Bo Lingam menjelaskan dengan lebih lanjut, “Kami berbesar hati untuk kembali ke T4. Terminal pertama di Lapangan Terbang Changi dengan sistem FAST yang lancar dengan kecekapan yang dipertingkatkan ini sejajar dengan usaha kami untuk mengekalkan struktur kos rendah dan visi kami untuk menyediakan perjalanan tanpa sentuhan dan lancar. Ini juga bermakna kami boleh memberikan penjimatan kepada para tetamu dan menjana lebih banyak penumpang kepada Changi.”

Rekaan layan diri dan perjalanan yang pendek

Media yang dijemput hadir dalam majlis ini, telah diberi penerangan tentang bagaimana T4 Changi direkabentuk supaya operasinya menjadi lebih efisyen. Dua konsep utama ditekankan iaitu layan diri dan rekaan yang luas tetapi dekat.

Kaunter daftar masuk manual di T4 Changi

Boleh dikatakan, pengguna T4 boleh menguruskan semua perkara dari pintu terminal sehingga ke pesawat, tanpa berurusan dengan kakitangan penerbangan. Bermula dengan daftar masuk, terdapat mesin layan diri disediakan. Tetapi untuk pengguna AirAsia, mereka boleh menggunakan aplikasi AirAsia Super App untuk mendaftar masuk dan mendapatkan pas penerbangan digital.

Di mesin layan diri yang sama, pengguna juga boleh mencetak tag bagasi daftar masuk. Seterusnya, daftar masuk bagasi boleh dibuat sendiri melalui sistem layan diri yang mudah digunakan. Tetapi jika ada masalah seperti kesilapan dokumen, proses daftar masuk diri dan bagasi boleh dibuat secara manual melalui kakitangan di kaunter.

Mesin daftar masuk layan diri

Selesai daftar masuk, penumpang boleh menuju ke imigresen dan ia dilakukan secara layan diri juga. Ini kerana warga antarabangsa yang masuk ke Singapura sebelum ini, telah diambil capjari dan rakaman muka mereka terlebih dahulu. Apabila mahu terbang keluar, proses imigresen menjadi digital dan layan diri. Hanya letak pasport di mesin, ia akan mengecam wajah dan palang akan dibuka jika disahkan.

Tetapi di bahagian pengimbas beg, masih ada kakitangan menunggu kerana pemeriksaan masih dibuat secara manual selepas imbasan dibuat. Perlu diingat, antara barangan yang tidak dibenar dibawa naik ke pesawat adalah cecair yang banyak dan bahan tajam. Jika dikesan dalam imbasan, kakitangan akan meminta penumpang mengeluarkannya.

Sistem imigresen layan diri

Seusainya imigresen dan pengimbas ini, pengguna boleh berjalan ke pintu pelepasan pesawat. Apabila mahu masuk ke pesawat, penumpang sekali lagi hanya perlu mengimbas pas penerbangan digital di pintu pelepasan dan diimbas wajah. Jika sah, palang dibuka dan dibenarkan menuju ke pesawat. Kakitangan hanya membantu jika ada masalah.

T4 Changi dibina dengan siling yang sangat tinggi dan ruang yang luas, walaupun sebenarnya saiz terminal ini hanya 1/3 daripada Terminal 3 Changi. Selain itu, ia menggunakan kaca di kebanyakan kawasan, sekaligus memberi pencahayaan semulajadi dari luar untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

Lebih menarik lagi, pengunjung terminal ini sebenarnya boleh melihat pesawat parkir dari pintu masuk, menunjukkan betapa pendeknya jarak perjalanan penumpang untuk ke pesawat. Hiasan segi tiga berasaskan bunga orkid, yang menjadi bunga kebangsaan Singapura juga memenuhi ruangan T4. Antaranya di lampu siling, tong sampah, dinding dan banyak lagi.

Pertukaran terminal tidak menjadi masalah di T4 kerana perkhidmatan bas transit antara terminal di sediakan, walaupun ia tidak dihubungkan melalui tren. Kekerapan bas juga tinggi, kurang dari 10 minit menunggu.

Sedikit sebanyak, operasi layan diri T4 Changi sangat serupa dengan apa yang ada di KLIA2. Antaranya daftar masuk dan daftar bagasi layan diri. Malah, AirAsia juga ada sistem FACES di pintu pelepasan tetapi tidak digunakan secara meluas. Kelebihan T4 adalah sistem imigresen digital dan jarak terminal yang sangat pendek untuk sampai ke pesawat.

Jadi selepas ini, anda tidak perlu terkejut berada di T4 Changi kerana semua proses boleh dilakukan secara layan diri.

Tags: AirAsiaAirAsia SingapuraAirasia Super AppsingapuraTerminal 4 ChangiTerminal 4 Singapura
Najib

Najib

POPULAR

AirAsia gembira kembali ke Terminal 4 Changi Singapura, lebih efisyen dan murah untuk operasi

AirAsia gembira kembali ke Terminal 4 Changi Singapura, lebih efisyen dan murah untuk operasi

19 September 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER