• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Google Photo ada fungsi buang gegaran pada video rakaman tangan anda dan lebih penting, ia percuma

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:34 am
  • 19/09/2022
  • Komen
Google Photo ada fungsi buang gegaran pada video rakaman tangan anda dan lebih penting, ia percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar zaman ini memang canggih, terutamanya pada bahagian kamera. Kadang kala saya sendiri tertanya-tanya, pengeluar ini ingin hasilkan telefon ataupun kamera? Disebabkan ia adalah salah satu ciri utama sebuah telefon sekarang, semakin banyak gambar yang pengguna seluruh dunia ambil setiap hari menggunakan telefon.

Xiaomi 12S Ultra, salah satu telefon yang dilengkapi sensor 1″, antara terbesar dalam industri setakat ini

Daripada banyak-banyak gambar yang diambil, tentulah anda antaranya yang ingin dikongsikan di medsos bukan? Sebelum mengutuskannya, apa kata anda lakukan penyuntingan dengan satu APP yang dihasilkan sendiri Google.



iPhone 14 kini ada lensa berapertur lebih besar dan ciri Photonic untuk gambar malam lebih cerah

Google Photo hadir dalam variasi Android dan juga iOS. Ia boleh dimuat turun menerusi gedung dalam talian platform masing-masing. Sebab saya sukakan APP ini adalah ia disediakan secara percuma dan ada satu fungsi sangat berkuasa boleh anda manfaatkan daripadanya iaitu ciri menstabilkan video.

Biasanya, anda temukan ciri ini pada aplikasi berbayar yang lebih mahal dan kalau percuma sekalipun, tentu sekali ada “pengeras” diperlukan seperti video bertera air ataupun terhad kepada resolusi tertentu.



Google Photos ada ciri penstabil video percuma

Saya tak sedar pun selama ini Google Photos ada ciri sebaik ini. Biasanya, kalau anda nak stabilkan video anda perlu cari perisian yang berbayar pihak ketiga. Tapi kalau anda pengguna Android, Google Photos berkemungkinan besar sedia terpasang di telefon anda.

Cara nak gunakannya senang sahaja. Bila anda buka sesuatu video di Google Photo, anda cari butang Edit, kemudian cari ikon penstabil imej. Tempoh untuk memproses video adalah bergantung kepada panjang video dan resolusi video.

Berikut adalah sampel video sebelum dan selepas ia distabilkan menggunakan fungsi ini.

Fungsi ini sangat berguna untuk telefon yang tidak dilengkapi dengan sistem penstabil imej optikal, terutamanya yang ada dalam kategori mampu milik. Malangnya, hanya penggua Google Photo di Android sahaja ada fungsi ini.

Barisan iPhone 13 dilengkapi ciri penstabil imej jenis sensor-shift untuk kamera utama
Telefon bajet seperti Realme Narzo 50A berharga kurang daripada RM600 dan biasanya telefon kategori ini tiada penstabil imej optikal

Nama saja Google Photos tapi ia juga berguna untuk video. Selain menstabilkan video, ada fungsi penyuntingan tambahan boleh dijalankan pada video anda seperti:

  • Crop
  • Rotate
  • 12 penyuntingan berkaitan warna dan kecerahan video
  • Filter
  • Markup

Ciri Markup ini agak menarik kerana anda boleh conteng video dan ia akan ditekap ke atas video melalui satu salinan baharu. Ada dua jenis pen penanda yang boleh digunakan iaitu Pen dan Highlighter.

Selain ciri menstabilkan video yang berkuasa, ada lagi beberapa ciri lain yang sangat berguna, semuanya dalam APP yang sama.

Guna Google Lens untuk cari nama dan jenama objek

Saya selalu berhadapan dengan situasi ingin ketahui apakah jenama ataupun nama model sesuatu produk tapi tidak tahu kata kunci apa yang perlu dimasukkan dalam ruang carian. Tahukah anda yang ciri Google Lens ada dalam Google Photos?

Guna Google Lens untuk cari maklumat sesuatu objek

Bila anda ambil gambar sesuatu objek dan Preview guna Google Photo, ikon Google Lens akan berada di antara ikon Edit dan Delete. Tekan saja Ikon tersebut untuk arahkan sistem mengimbas gambar dan mencari maklumat berguna.

Anda boleh cari jenama, lokasi, malah ia cukup pintar untuk kenal pasti teks

Perlu diingatkan yang objek yang ingin ada Google Lens kenal pasti tidak berada dalam persekitaran serabut. Jika tidak, potensi pengecaman akan menurun. Google lens bukan sahaja berguna untuk mengecam objek, ia juga boleh digunakan untuk membaca kod QR. Kami pernah mendemonstrasikan fungsi ini dalam artikel tentang cara muat turun Sijil Vaksin COVID-19 daripada MySejahtera. Tapi dengan kemas kini MySejahtera yang lebih baru, anda tak lagi perlu imbas kod QR, sebaliknya fail PDF boleh terus dimuat turun ke dalam telefon.

Storan awan tanpa had untuk gambar di telefon anda

Ini adalah kegunaan utama Google Photos pada saya. APP ini menyediakan storan gambar tanpa had untuk semua foto-foto saya. Ia ada fungsi muat naik automatik setiap kali anda ambil gambar, ataupun anda boleh muat naik secara manual masuk ke dalam album-album yang diwujudkan.

Walaupun storan yang disediakan adalah tanpa had, tapi perlu diperingatkan yang gambar yang dimuat naik akan disunting terlebih dahulu pada segi resolusi bagi mengecilkan saiz gambar. Gambar yang dimuat naik akan dikecilkan kepada 12 megapiksel dan saiznya akan berada di bawah 5MB sahaja. Kalau anda perlukan kualiti penuh, anda perlu langgan storan awan tambahan dengan sedikit bayaran.

Manfaatkan kecerdasan buatan untuk cari gambar

Apabila sesuatu gambar itu berada di dalam telefon, Google Photos akan mengimbas gambar itu dan mempelajarinya. Ia cukup bijak untuk mengkategorikan gambar tersebut daripada segi warna, objek, dan lokasi berdasarkan metadata yang ada di dalam gambar.

Contohnya di ruang carian, anda boleh taip “Food” dan gambar berkaitan makanan akan dipaparkan. Bila saya taip “Fly”, ia paparkan semua gambar kapal terbang yang berada di dalam akaun saya. Ciri ini berguna bila anda ingin cari sesuatu gambar lama, tapi tidak mahu skrol terlalu jauh ke bawah.

Sunting gambar macam professional

TIdak dinafikan semua pengeluar telefon ingin mengetengahkan kelebihan perisian yang mereka bangunkan sendiri. Contohnya, setiap telefon tentunya didatangkan dengan aplikasi penyuntingan gambar. Namun, pengalamannya berbeza daripada jenama ke jenama. Mungkin jenama A ada fungsi tambahan yang tiada di jenama B dan begitulah sebaliknya.

Memang Samsung ada APP penyunting gambar yang berkuasa, tapi bolehkah manfaatnya dinikmati pengguna selain jenama Samsung?

Untuk mengekalkan ketekalan merentasi jenama, anda bolehlah gunakan Google Photo untuk menyunting gambar agar bila anda berpindah jenama nanti, antara muka dan pengalamannya tetap sama. Google Photo menyediakan peralatan penyuntingan gambar yang sangat berkuasa. Sebahagian besarnya diwarisi daripada aplikasi Snapseed yang pernah kami sarankan dalam salah satu artikel kami yang terdahulu, tapi dengan sentuhan AI.

Google Photo mampu kenal pasti jenis gambar dan sarankan penyuntingan yang sesuai

Misalnya, bila anda buka sesuatu gambar untuk disunting, sistem akan mengenal pasti jenis gambar dan menyarankan penyuntingan gambar apa yang sesuai untuk gambar itu. Kalau anda buka gambar yang mengandungi orang, ia akan sarankan ciri seperti Portrait ataupun B&W. Kalau dikesannya gambar pemandangan, ia akan sarankan anda sunting bahagian dynamic range.

Sungguhpun banyak alat penyuntingan diberikan percuma, alat yang lebih canggih mereka sembunyikan disebalik perkhidmatan berbayar Google One. Servis storan awan Google ini boleh dilanggan pada harga serendah RM8.49.

Tags: feautrefotografiGooglegoogle phototipstips & trickstutorialvideografi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Google Photo ada fungsi buang gegaran pada video rakaman tangan anda dan lebih penting, ia percuma

Google Photo ada fungsi buang gegaran pada video rakaman tangan anda dan lebih penting, ia percuma

19 September 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER