• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink prabayar ada pelan tanpa had baru: Streaming dan Work From Home

  • OLEH Najib
  • 6:59 pm
  • 21/09/2022
  • Komen
Hotlink prabayar ada pelan tanpa had baru: Streaming dan Work From Home
Share on FacebookShare on Twitter

Hotlink masakini menawarkan dua pelan prabayar, Hotlink Pantas dan Hotlink Unlimited. Tetapi hari ini kami menemui terdapat tawaran pelan prabayar baru di dalam aplikasi Hotlink. Pelan ini masih belum diumumkan dan tiada di laman web Hotlink.

Ada dua pelan baru yang ditemui di dalam aplikasi Hotlink iaitu:



  1. Pelan Streaming
  2. Pelan Work From Home (WFH)

Dengan tambahan dua pelan ini, terdapat empat pelan boleh dipilih oleh pengguna prabayar Hotlink, di samping pelan Pantas dan pelan Unlimited.

Jika anda tidak perasan, Hotlink telah mengemaskini pelan Unlimited mereka bulan Julai lepas. Pelan termurah Unlimited berharga RM40, naik RM5 dari sebelumnya. Ini kerana Hotlink menambah data Hotspot tanpa had ke dalam pelan ini, di samping memberikan kelajuan tanpa sekatan dari 2 pagi hingga 2 petang.



Bagi pelan Pantas, ia tidak berubah sejak bertukar nama pada awal tahun ini. Tetapi dapat dilihat, ada pas baru dengan tempoh sah 30 hari iaitu pas RM40 (25GB data pantas) dan pas RM25 (15GB data pantas).

Pelan Streaming

Hotlink menyediakan internet tanpa had dan sekatan kelajuan, untuk aplikasi strim terpilih di dalam pelan ini. Tetapi kelajuan tanpa sekatan ada had masa dan kuota.

Terdapat 8 aplikasi disenaraikan iaitu:

  1. TikTok
  2. Facebook
  3. Instagram
  4. Twitter
  5. YouTube
  6. VIU
  7. Spotify
  8. JOOX

Aplikasi di atas boleh menggunakan kelajuan tanpa sekatan, hanya untuk jam 6 pagi sehingga 6 petang. Selain waktu itu, kelajuan akan disekat. Malah, kelajuan tanpa sekatan juga tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama (FUP) sebanyak 100GB sebulan. Jika mencapai had, kelajuan akan disekat.

Terdapat tiga pas di dalam pelan Hotlink Streaming iaitu RM40 dengan 25GB kuota untuk semua penggunaan, RM25 dengan 15GB kuota dan RM20 dengan 5GB kuota. Pengguna pelan ini mungkin perlu membayar untuk panggilan kerana tidak dinyatakan panggilan tanpa had disertakan.

Di samping itu, pengguna pelan ini juga akan menerima diskaun 5% untuk pembelian dalam aplikasi strim terlibat di Google Playstore dan Apple AppStore, jika membayar menerusi Maxis Direct Billing.

Pelan Work From Home (WFH)

Ini juga satu lagi pelan tanpa had, khusus untuk aplikasi terpilih. Seperti namanya, aplikasi terpilih tersebut berkaitan dengan kerja iaitu:

  1. Office 365
  2. Microsoft Teams
  3. Skype
  4. Zoom
  5. Google Meet
  6. WhatsApp
  7. WeChat
  8. Microsoft Outlook
  9. Microsoft OneDrive

Pengguna pelan juga menerima diskaun 5% untuk pembelian dalam aplikasi strim terlibat di Google Playstore dan Apple AppStore, jika membayar menerusi Maxis Direct Billing.

Apa yang berbeza di pelan WFH adalah ia tiada sekatan masa, tetapi masih ada FUP 100GB. Penggunaan aplikasi di dalam senarai WFH dapat menggunakan internet pantas sehingga 100GB sebulan sebelum kelajuan disekat.

Terdapat tiga pas ditawarkan iaitu pas RM40 dengan 25GB data sepanjang masa, pas RM25 dengan 15GB data dan pas RM20 bersama 5GB data. Tiada panggilan tanpa had disertakan.

Hanya ini maklumat yang dapat kami cerap daripada aplikasi Hotlink, memandangkan ia masih belum terdapat di laman web Hotlink. Antara persoalan lain yang perlu diketahui adalah kadar panggilan dan SMS, kelajuan selepas disekat, serta kadar untuk pas tambahan atau membuang sekatan.

Memandangkan ia telah ada di dalam aplikasi, pasti Hotlink akan mengumumkannya secara rasmi tidak lama lagi. Pada waktu itu, pengguna baru boleh melanggan pelan baru ini.

Tags: hotlinkHotlink PantasHotlink Prabayarhotlink PrepaidHotlink StreamingHotlink UnlimitedHotlink Work From Home
Najib

Najib

POPULAR

Hotlink prabayar ada pelan tanpa had baru: Streaming dan Work From Home

Hotlink prabayar ada pelan tanpa had baru: Streaming dan Work From Home

21 September 2022
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN