• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Logitech lancar konsol mudah alih berasaskan Android pada harga tak masuk akal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:03 am
  • 22/09/2022
  • Komen
Logitech lancar konsol mudah alih berasaskan Android pada harga tak masuk akal
Share on FacebookShare on Twitter

Logitech, syarikat pengeluar aksesori komputer kini menerokai arena konsol permainan. Mereka telah melancarkan konsol permainan mudah alih yang dipanggil Logitech G Cloud Gaming Handheld. Ia nampak seperti sebuah Nintendo Switch Lite dengan bezanya adalah ia menggunakan konsep langganan awan.

Logitech G Cloud menjalankan sistem operasi Android dan untuk bermain, anda perlu melanggan servis permainan awan seperti NVIDIA GeForce Now ataupun Xbox Game Pass. Kalau anda anda sejumlah permainan di Steam dan komputer yang mampu, Steam Link boleh digunakan.



Apa yang disediakan Logitech adalah kelengkapan fizikal seperti panel paparan FHD sebesar 7″ pada kecerahan sehingga 450 nits. Sistem audio stereo diberikan dan ia menembak ke arah pemain. Untuk audio yang lebih baik, pemain boleh memanfaatkan sambungan Bluetooth 5.1 ataupun jek audio 3.5mm.

Taburan butang kawalan adalah mirip Nintendo Switch Lite. Anda beroleh dua tuil analog di kedua-dua sisi, butang bahu, dan butang d-pad. Daripada segi spesifikasi, komponen-komponen dalamannya lebih kurang seperti sebuah telefon Android kelas pertengahan. Atas papan utama, ia diperkasa SoC Snapdragon 720G.



Tidak pula dikongsikan berapakan kapasiti RAM ataupun kapasiti storan diberikan. Berita baiknya, pengeluarnya menyediakan slot kad mikro-SD untuk peluasan storan.

Jadi, pastinya pengguna boleh memasang permainan sendiri yang tak perlukan sambungan Internet untuk bermain. Bateri yang memghidupkan segala kelengkapan elektronik konsol ini adalah yang membuahkan 23.1 Watt jam.

Logitech lancar konsol mudah alih berasaskan Android pada harga tak masuk akalHarga pelancaran Logitech G Cloud adalah USD350 (RM1,598). Dalam waktu terhad, ia dipasarkan pada harga USD299 (RM1,366). Harga produk ini agak keras, Nintendo Switch Lite yang terbukti kepraktikalannya pun boleh didapatkan pada harga kurang daripada RM1,000.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: gamingkonsol permainanLogitechlogitech g cloud
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Logitech lancar konsol mudah alih berasaskan Android pada harga tak masuk akal

Logitech lancar konsol mudah alih berasaskan Android pada harga tak masuk akal

22 September 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN