• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MAVCOM: Lebih separuh aduan berkaitan syarikat penerbangan untuk separuh pertama 2022 adalah tentang AirAsia

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:35 pm
  • 22/09/2022
  • Komen
MAVCOM: Lebih separuh aduan berkaitan syarikat penerbangan untuk separuh pertama 2022 adalah tentang AirAsia
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah terbitkan Laporan Pengguna untuk separuh pertama 2022. Dalam laporan itu, mereka ada kongsikan maklumat tentang jumlah aduan pengguna pada sesebuah syarikat penerbangan dan kategori aduan yang diterima. Anda tahu tak, AirAsia telah menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022!

Dalam laporan tersebut, AirAsia dinyatakan telah terima sebanyak 527 aduan berdaftar. Aduan paling tinggi adalah mengenai penjadualan semula penerbangan (151 aduan), diikuti aduan pembatalan penerbangan (77 aduan) dan kelewatan penerbangan (74 aduan). Dalam laporan yang sama, Malaysia Airlines juga menunjukkan angka aduan yang tinggi iaitu sebanyak 509. Masalah yang paling banyak dilaporkan adalah mengenai pembatalan penerbangan (113 aduan).



Namun, bagi setiap juta penumpang yang dibawa, Malaysia Airlines mencatatkan jumlah aduan berdaftar tertinggi dengan 199 aduan, diikuti Batik Air 167 aduan dan AirAsia 95 aduan.

Hasil daripada semakan MAVCOM terhadap aduan yang diterima, kira-kira satu perempat daripada aduan telah menyaksikan syarikat penerbangan menyediakan penyelesaian yang memuaskan kepada pengguna. Secara keseluruhan, 87.9% (1,100) daripada jumlah aduan telah diselesaikan.



Anda ada alami masalah dengan syarikat penerbangan? Jika ada, laporkannya segera pada MAVCOM untuk tindakan lanjut. Tapi pastikan anda sertakan butiran yang lengkap mengenai aduan itu sebab MAVCOM telah menerima 1,317 aduan yang tidak boleh diambil tindakan. Antara puncanya ialah dokumentasi tidak lengkap, aduan yang dilakukan adalah berkaitan dengan tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, serta aduan dibuat lebih setahun dari tarikh kejadian.

Saya selalu terbaca aduan pengguna AirAsia di media sosial mengenai perkhidmatan mereka. Dalam laporan ini AirAsia telah terima jumlah aduan paling tinggi, tapi anda rasa mereka selesaikan tak semua masalah itu? Malah, baru-baru ini AirAsia ada tawarkan jualan lima juta tempat duduk percuma, agaknya boleh tak penumpang terbang ke destinasi dengan lancar tanpa sebarang masalah?

[Sumber: MalayMail, MAVCOM, MAVCOM]

Tags: AirAsiaMASmavcom
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
MAVCOM: Lebih separuh aduan berkaitan syarikat penerbangan untuk separuh pertama 2022 adalah tentang AirAsia

MAVCOM: Lebih separuh aduan berkaitan syarikat penerbangan untuk separuh pertama 2022 adalah tentang AirAsia

22 September 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN