• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

TIPS iOS 16: Cara tambah Widgets di lockscreen & tukar Wallpaper lebih cun di iPhone

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:01 pm
  • 25/09/2022
  • Komen
TIPS iOS 16: Cara tambah Widgets di lockscreen & tukar Wallpaper lebih cun di iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan iOS 16, anda ada pelbagai pilihan untuk mengubah kunci skrin di iPhone supaya nampak menarik, berguna dan lebih peribadi. Contohnya pilih wallpaper (latar belakang) ikut citarasa anda seperti letakkan gambar sendiri, sesuaikan jenis font dan letakkan widget untuk dapatkan maklumat dengan cepat. Berminat untuk hasilkannya? Ikut langkah di bawah ini untuk tetapkan kunci skrin baru.

Cara hasilkan wallpaper kunci skrin baru

Untuk cipta wallpaper kunci skrin baru dalam iOS 16, anda boleh ikut langkah di bawah:



  1. Pergi ke Settings
  2. Pilih Wallpaper dan tekan Add New Wallpaper
  3. Anda kemudian akan nampak ada 6 ikon pilihan wallpaper di bahagian atas
  4. Pilih pilihan wallpaper yang sesuai
  1. Kemudian, anda boleh terus tukar jenis font padanya dengan tekan pada jam
  2. Penuhinya dengan Widgets yang diperlukan dengan tekan pada Add Widgets. Anda boleh tambah Calendar, Weather, Reminders, Fitness dan banyak lagi
  3. Setelah selesai, tekan Done dibahagian atas kanan

Setiap pilihan Wallpaper ada keunikan sendiri. Contohnya untuk Astronomy, terdapat beberapa paparan berbeza ditawarkan untuk anda pilih. Ada paparan bumi, bulan dan sistem suria. Manakala untuk pilihan Weather, ia akan tukar latar belakang mengikut cuaca semasa di kawasan anda.

Bagi kategori Emoji pula, anda dibenarkan untuk pilih emoji yang sesuai untuk penuhi skrin. Seterusnya, emoji itu boleh dimuatkan dengan pelbagai susunan, antaranya Small Grid, Large Grid dan Spiral. Anda cuma perlu swipe ke kanan atau kiri untuk pilih susunan yang dimahukan.



Kalau anda nak berikan sentuhan lebih peribadi pada skrin kunci, anda bolehlah letakkan gambar anda sendiri dengan pilih kategori Photos. Setelah pilih gambar, anda boleh swipe ke kanan untuk lihat filter yang berbeza. Antaranya Natural, Black & White dan Color Wash. Anda juga boleh zoom gambar untuk ubah kedudukannya.

Setiap wallpaper baru yang anda buat akan disimpan secara automatik apabila anda klik Done. Ini bermakna anda boleh tukar pada mana-mana wallpaper yang telah siao pada bila-bila masa. Caranya mudah sahaja:

  1. Di Home Screen, swipe ke bawah
  2. Tekan lama pada wallpaper di skrin
  3. Anda kemudian akan dipaparkan dengan pilihan wallpaper lain yang pernah anda cipta sebelum ini
  4. Tekan sahaja pada mana-mana wallpaper untuk jadikannya kunci skrin baru
  5. Anda boleh tekan simbol + di bawah kanan jika mahu hasilkan wallpaper yang baru

Anda boleh cubanya sendiri untuk dapatkan skrin kunci terkini. Cipta sebanyak mungkin wallpaper mengikut kreativiti anda sebab ia mudah ditukar pada bila-bila masa sahaja.

[Sumber: PCMag]

Tags: appleiOS 16iphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
TIPS iOS 16: Cara tambah Widgets di lockscreen & tukar Wallpaper lebih cun di iPhone

TIPS iOS 16: Cara tambah Widgets di lockscreen & tukar Wallpaper lebih cun di iPhone

25 September 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN