• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peningkatan jenayah scam membimbangkan, BNM arah bank sekat transaksi mencurigakan & ganti SMS OTP

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:52 pm
  • 26/09/2022
  • Komen
Peningkatan jenayah scam membimbangkan, BNM arah bank sekat transaksi mencurigakan & ganti SMS OTP
Share on FacebookShare on Twitter

Kes jenayah scam yang meningkat sejak akhir-akhir ini telah membimbangkan dan dipandang serius oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Terutamanya apabila ia melibatkan penipuan kewangan. Dalam satu acara dalam talian, Tan Sri Nor Shamsiah binti Mohd Yunus, Gabenor Bank Negara Malaysia telah umumkan langkah-langkah yang telah BNM arahkan kepada institusi kewangan untuk ambil, bagi mengukuhkan lagi perlindungan terhadap penipuan kewangan.

Dalam langkah yang disenaraikan, ada antaranya yang saya nampak hampir sama dengan cadangan yang diusulkan oleh Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam satu bebenang di Twitter. Berikut merupakan 5 langkah yang dikongsikan BNM:



1. Beralih daripada SMS OTP kepada bentuk pengesahan lain

Institusi kewangan dikehendaki beralih daripada SMS One Time Passwords (OTP) kepada bentuk pengesahan yang lebih selamat untuk transaksi dalam talian yang berkaitan dengan pembukaan akaun, pemindahan dana dan pembayaran, serta perubahan pada maklumat peribadi serta tetapan akaun. Bank-bank utama telah pun memulakan proses ini untuk berhijrah kepada bentuk pengesahan yang lebih selamat.

Ini selari dengan cadangan Fahmi Fadzil yang mahu SMS TAC digantikan dengan sistem lebih ketat. Namun, tidak diketahui lagi bentuk pengesahan yang akan diperkenalkan itu.



2. Sekat transaksi yang mencurigakan

Institusi kewangan akan ketatkan lagi peraturan pengesanan penipuan dan bertindak untuk sekat transaksi yang disyaki terlibat dengan scam. Pelanggan akan segera dimaklumkan apabila aktiviti sedemikian dikesan melibatkan akaun perbankan mereka. Sebagai langkah tambahan, institusi kewangan akan sekat urus niaga sedemikian dan pelanggan akan diminta untuk sahkan urus niaga tersebut dahulu sebelum ia boleh diteruskan.

Kawalan keselamatan yang lebih ketat ini mungkin akan melambatkan urusan pemindahan wang, tapi ia tentunya boleh melindungi keselamatan wang simpanan anda daripada dicuri.

3. Tempoh bertenang untuk perbankan dalam talian kali pertama

Tempoh bertenang untuk pendaftaran kali pertama bagi perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti yang selamat (secure device) akan dilaksanakan. Semasa tempoh ini, sebarang aktiviti perbankan dalam talian tidak akan dibenarkan.

4. Satu peranti untuk satu pengesahan transaksi perbankan

Pelanggan akan dihadkan kepada satu peranti mudah alih atau selamat, untuk pengesahan transaksi perbankan dalam talian.

Tindakan ini sangat berguna lebih-lebih lagi apabila scammer menghubungi mangsa untuk meminta nombor TAC. Jadi, walaupun mereka miliki nombor itu, mereka mungkin tak dapat melakukan transaksi.

5. Talian hotline khusus untuk laporkan insiden scam

Institusi kewangan akan dikehendaki menyediakan talian hotline khusus untuk pelanggan melaporkan insiden penipuan kewangan. Malah, mereka juga telah diarahkan supaya lebih responsif terhadap laporan penipuan yang dibuat oleh pelanggan dan memudahkan usaha mendapatkan semula serta melindungi dana yang dicuri, termasuk bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk mengelakkan kerugian selanjutnya.

Usaha kelima ini mengingatkan saya tentang kejadian yang dilalui oleh seorang mangsa yang pernah saya temu bual. Dia kehilangan wang simpanan ketika sedang menunggu taliannya disambungkan kepada pihak perbankan. Akibat panggilannya lambat disambungkan, dia tidak sempat meminta akaun banknya disekat. Akibatnya wang simpanannya habis dicuri. Dengan usaha ini, diharapkan agar pihak bank boleh bertindak dengan lebih cepat untuk bantu mangsa yang terlibat.

Di samping itu juga, institusi kewangan dikehendaki menyediakan cara mudah untuk pelanggan menggantung akaun bank mereka jika mereka mengesyaki akaun itu telah terjejas akibat penipuan. Kemudian, akaun itu boleh diaktifkan semula dalam tempoh yang munasabah selepas pengesahan dibuat untuk memastikan akaun itu selamat.

Anda perlu ingat, scammer ada pelbagai taktik untuk menjerat pengguna. Maka, anda perlu sentiasa berjaga-jaga dan ikuti perkembangan semasa sebagai usaha untuk elak dari menjadi mangsa. Anda juga digalakkan untuk ikuti laman Facebook Amaran Scam bagi mendapatkan maklumat terkini.

Tags: bnmSCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Peningkatan jenayah scam membimbangkan, BNM arah bank sekat transaksi mencurigakan & ganti SMS OTP

Peningkatan jenayah scam membimbangkan, BNM arah bank sekat transaksi mencurigakan & ganti SMS OTP

26 September 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER