• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maybank berhenti guna SMS TAC, Secure2u dinaik taraf lebih ketat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:30 pm
  • 28/09/2022
  • Komen
Maybank berhenti guna SMS TAC, Secure2u dinaik taraf lebih ketat
Share on FacebookShare on Twitter

Baru beberapa hari lepas Bank Negara Malaysia (BNM) ada umumkan 5 langkah yang mereka arahkan kepada institusi kewangan untuk ambil, bagi mengukuhkan lagi perlindungan terhadap penipuan kewangan. Nampaknya, pihak Maybank sudah mula laksanakan beberapa arahan tersebut.

Hal ini terbukti apabila Maybank akan beralih sepenuhnya kepada kaedah pengesahan yang lebih selamat melalui Secure2u menjelang Jun 2023. Tindakan ini selaras dengan cadangan BNM untuk berhijrah daripada SMS OTP kepada pengesahan yang lebih selamat. Pengesahan tersebut perlu dilakukan untuk aktiviti atau transaksi dalam talian yang berkaitan dengan pembukaan akaun, pemindahan dana, pembayaran serta perubahan kepada maklumat peribadi dan tetapan akaun.



Setakat ini, Maybank hanya benarkan Secure2u untuk satu peranti bagi setiap pemegang akaun bagi meminimumkan kemungkinan butiran perbankan dalam talian pelanggan digunakan oleh mana-mana pihak ketiga. Sebagai langkah keselamatan tambahan, Maybank akan maklumkan pelanggan melalui SMS, ‘push notification’ dan emel apabila Secure2u didaftarkan pada peranti baru.

Maybank2u henti guna Secure2u

Berkuat kuasa 26 September 2022 juga, semua pengaktifan baharu Secure2u akan dipindahkan daripada aplikasi M2U MY ke aplikasi MAE. Sekiranya anda masih gunakan Secure2u pada aplikasi M2U MY, anda tidak perlu bimbang sebab anda masih boleh lakukan transaksi seperti biasa. Mulai Oktober 2022 pula, ciri Secure2u pada aplikasi MAE akan dinaik taraf dengan ciri keselamatan tambahan, iaitu tempoh pengaktifan 12 jam apabila anda aktifkan Secure2u pada peranti lain. Ini sebagai langkah untuk elakkan kelulusan transaksi tanpa kebenaran. Maybank juga sarankan pengguna untuk beralih ke aplikasi MAE yang dilengkapi dengan semua perkhidmatan M2U.



Selain itu, Maybank juga telah sediakan talian hotline 24/7 khusus untuk pelanggan melaporkan insiden penipuan kewangan atau scam. Talian hotline ini boleh dihubungi di +603 5891 4744 dengan segera jika anda mengesyaki ada butiran perbankan yang terjejas, berlaku transaksi yang mencurigakan atau ingin menggantung akaun bank dengan pantas.

Sebagai alternatif, anda juga boleh hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Maybank di 1 300 88 6688. Tapi, berdasarkan pengalaman mangsa scam ini, talian khidmat pelanggan itu sangat lambat disambungkan kepada pegawai khidmat pelanggan. Diharapkan, talian hotline khas untuk scam itu dapat bantu pelanggan dengan cepat, lebih-lebih lagi apabila individu sedang berhadapan dengan scammer.

Anda gunakan bank apa sekarang? Tidak diketahui bila pula bank lain akan bertindak mengikut arahan BNM itu, tapi harapnya semua bank akan tingkatkan keselamatan perkhidmatan mereka dalam masa terdekat.

[Sumber: Malaysiakini, Maybank2U]

Tags: MAEMaybank
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Maybank berhenti guna SMS TAC, Secure2u dinaik taraf lebih ketat

Maybank berhenti guna SMS TAC, Secure2u dinaik taraf lebih ketat

28 September 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN