• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OpenSignal: Digi paling pantas kelajuan internet, Yes paling tersedia di Malaysia tapi apa maksud sebenar?

  • OLEH Najib
  • 1:35 pm
  • 29/09/2022
  • Komen
OpenSignal: Digi paling pantas kelajuan internet, Yes paling tersedia di Malaysia tapi apa maksud sebenar?
Share on FacebookShare on Twitter

OpenSignal adalah sebuah pemantau rangkaian mudah alih di dunia. Mereka kini telah mengeluarkan laporan pengalaman rangkaian mudah alih di Malaysia untuk bulan September 2022. Laporan ini menerangkan beberapa dapatan OpenSignal, antaranya pengalaman terbaik, kelajuan terpantas, ketekalan dan juga liputan.

Laporan bulan September ini meliputi data yang dikumpulkan selama 90 hari, dari 1 Jun sehingga 29 Ogos 2022. Ia didapati daripada pengguna di seluruh Malaysia yang menggunakan rangkaian telekomunikasi (telco) Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Unifi Mobile dan Yes.



OpenSignal juga memberikan anugerah telco terbaik untuk setiap kategori yang mereka gunakan. Dari jadual yang dikongsi, Digi dan Maxis dilihat menerima paling banyak anugerah terbaik, diikuti oleh U Mobile. Celcom, U Mobile dan Unifi pula, masing-masing diberikan satu anugerah terbaik.

Kelajuan terpantas milik Digi, purata melebihi 20.5Mbps

OpenSignal menemui, Digi memiliki purata kelajuan muat turun terpantas iaitu 20.5Mbps. Ia diikuti rapat oleh Maxis dengan kelajuan 19.2Mbps, seterusnya Unifi Mobile 12.4Mbps, Yes 12.1Mbps, Celcom 11.2Mbps dan akhir sekali U Mobile 8.6Mbps.



Jelas OpenSignal, pengalaman kelajuan muat turun pengguna Digi ini 65.1%-68.8% lebih pantas daripada Unifi Mobile dan Yes, 83.6% lebih laju berbanding Celcom dan melebihi 137% cepat daripada U Mobile di tempat terakhir.

Pengguna Yes bersambung 98.8% sepanjang masa ke rangkaian 4G

Dalam kategori liputan, Yes diberi anugerah terbaik untuk ketersediaan rangkaian 4G apabila pengguna bersambung 98.8% sepanjang masa. Buat masa ini, hanya Yes satu-satunya telco yang menawarkan liputan 5G menerusi Digital Nasional Berhad (DNB).

Ketersediaan kedua terbaik milik U Mobile dengan 98%, diikuti oleh Maxis 96.7%, Digi 96.1%, Celcom 96% dan Unifi Mobile 95%. OpenSignal menyatakan, ketersediaan rangkaian bukan ukuran liputan geografi dan tidak boelh digunakan sebagai petunjuk tentang liputan, terutama di kawasan luar bandar dan kurang populasi manusia.

Ketersediaan diukur berdasarkan berapa banyak kali pengguna bersambung, berbanding memiliki liputan. Ini termasuk apabila tiada signal kerana berada di kawasan tertutup seperti dalam bangunan. OpenSignal menambah, data ketersediaan dikumpul dalam bangunan dan mereka percaya ia adalah cara yang tepat untuk mengesan kawasan dengan tiada sginal.

Liputan paling luas tetap milik Celcom

Jika dilihat liputan dari segi geografi, Celcom masih menduduki tempat pertama dengan 9.2/10 markah. Ia diikuti oleh Digi dan Maxis dengan masing-masing 8.6 markah, U Mobile 7.7 markah dan Unifi Mobile 7.0 markah.

Dalam kategori ini, Yes menduduki tangga tercorot iaitu 6.9 markah. Ini tidak mengejutkan kerana empat telco utama iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile telah berkhidmat jauh lebih lama dan memiliki rangkaian 4G lebih meluas.

Unifi Mobile dan Digi paling tekal

Satu lagi kategori yang dibuat OpenSignal adalah ketekalan atau konsistensi, untuk mencapai standard prestasi minimum bagi aplikasi prestasi tinggi dan rendah. Dalam kualiti ketekalan teras yang mengambil kira peratus pengguna memenuhi prestasi minimum untuk video SD, panggilan suara dan melayari web, Unifi berada di tangga teratas dengan 82.7%, diikuti Digi pada 83.8% dan Celcom 80.8%.

Sementara itu, Digi berada di tempat pertama bagi kualiti ketekalan terbaik dengan 64.8%. Ia mengambil kira peratus pengguna yang memenuhi standard minmum untuk menonton video HD, melengkapkan panggilan video berkumpulan dan permainan video atas talian. Kategori ini diikuti oleh Unifi Mobile di tempat kedua dengan 62.7% dan Maxis 53.4%.

Jika mahu tahu lebih lanjut, anda boleh membaca laporan penuh OpenSignal yang turut menyediakan laporan mengikut negeri di sini.

Tags: celcomdigimaxisOpenSignalu mobileUnifiUnifi mobileYESyes 5g
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
OpenSignal: Digi paling pantas kelajuan internet, Yes paling tersedia di Malaysia tapi apa maksud sebenar?

OpenSignal: Digi paling pantas kelajuan internet, Yes paling tersedia di Malaysia tapi apa maksud sebenar?

29 September 2022
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER