• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi

5 vakum wayarles pelbagai aksesori bawah RM1,000 terbaik di Malaysia (edisi 2022)

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:11 pm
  • 03/10/2022
  • Komen
5 vakum wayarles pelbagai aksesori bawah RM1,000 terbaik di Malaysia (edisi 2022)
Share on FacebookShare on Twitter

Sedang cari vakum wayarles mampu milik? Ada banyak pilihan tersedia di pasaran dan anda juga kini boleh dapatkannya pada harga mampu milik. Bagi saya, salah satu kebaikan miliki vakum wayarles ialah vakum ini boleh digunakan untuk bersih semua kawasan dengan senang tanpa perlu cabut dan pasang wayar pada plug di dinding. Ada juga vakum wayarles yang ringan, maka senanglah bersihkan siling rumah.

Ini saya senaraikan 5 vakum wayarles berharga bawah RM1000 yang boleh anda pertimbangkan. Saya senaraikannya mengikut harga dari yang paling tinggi sehingga yang rendah. Tonton video 5 vakum wayarles terbaik di Malaysia bawah RM1000 di bawah ini:



1. Airbot Airism V8

Harga asal Airbot Airism V8 ialah RM919 tapi anda sekarang boleh dapatkannya pada harga sekitar RM389. Baterinya 2,200mAH dan miliki kuasa sedutan 25,000 Pa. Airbot Airism V8 bekalkan 3 muncung berus berbeza untuk anda gunakan. Reka bentuknya nipis, berat pula 2kg. Menariknya, ia ada ciri pembatalan hingar untuk meminimumkan bunyi semasa pembersihan. Jadi, bolehlah anda gunakannya ketika anak kecil anda sedang tidur atau vakum pada waktu malam. 

Airbot Airism V8 boleh dibeli di sini.



Sumber

2. Dreame V10

Dreame V10 boleh didapatkan dari harga RM699. Kuasa sedutannya 22,000 Pa. Kapasiti bateri 2500mAH. Vakum ini disertakan 4 muncung pembersih.  Selain Airbot Airism V8, Dreame V10 juga boleh dipilih jika anda sedang cari vakum yang tak bising. Vakum ini ringan, 1.5kg. Tapi bekas sampahnya kecil, iaitu 0.5L sahaja.

Dapatkan Dreame V10 di bawah:

  1. Shopee
  2. Lazada
Sumber

3. Mi Vacuum Cleaner G9

Mi Vacuum Cleaner G9 boleh dibeli dari harga RM662.90. Kuasa sedutannya 20,000 Pa. Baterinya sebesar 2500mAH. Beratnya pula 3.8kg. Yang menarik tentang vakum ini ialah dia ada slot dwi pengecas untuk caj dua bateri serentak. Jadi, kalau rumah luas dan bimbang bateri cepat habis, vakum ini memang berbaloi untuk didapatkan. Tapi, bateri gantian perlu dibeli secara berasingan.

Dapatkan Mi Vacuum Cleaner G9 di bawah:

  1. Shopee
  2. Lazada
Sumber

4. PerySmith X7 Vacuum Cleaner

PerySmith X7 Vacuum Cleaner berharga RM599. Kuasa sedutannya 32,000 Pa, paling tinggi dalam senarai. Ia boleh digunakan selama 45 minit dengan masa mengecas 4-5 jam. Berusnya boleh laras 180 darjah, jadi anda boleh bersihkan setiap sudut dengan senang tanpa sakit pada pergelangan tangan. 

Dapatkan PerySmith X7 Vacuum Cleaner di bawah:

  1. Shopee
  2. Lazada
Sumber

5. Xiaomi Mi Vacuum Cleaner Light

Dengan harga serendah RM449, anda boleh dapatkan Xiaomi Mi Vacuum Cleaner Light jika sedang cari vakum yang sangat ringan. Beratnya cuma 1.2kg, paling ringan dalam senarai. Tapi kuasa sedutannya rendah iaitu 17,000Pa sahaja.

Dapatkan Xiaomi Mi Vacuum Cleaner Light di bawah:

  1. Shopee
  2. Lazada
Sumber
Tags: Airbot Airism V8Dreame V10Mi Vacuum Cleaner G9PerySmith X7 Vacuum Cleanervakum wayarlesXiaomi Mi Vacuum Cleaner Light
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 vakum wayarles pelbagai aksesori bawah RM1,000 terbaik di Malaysia (edisi 2022)

5 vakum wayarles pelbagai aksesori bawah RM1,000 terbaik di Malaysia (edisi 2022)

3 October 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER