• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X6 beri storan paling besar di telefon bawah RM600

  • OLEH Najib
  • 3:41 pm
  • 03/10/2022
  • Komen
Honor X6 beri storan paling besar di telefon bawah RM600
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mencari telefon pintar yang sangat murah dan berbaloi dengan harganya, anda boleh memeriksa model terbaru yang dilancar Honor. Dengan harga di bawah RM600, Honor Malaysia mengumumkan akan menjual Honor X6 di sini tidak lama lagi.

Tarikan utama pada Honor X6 adalah storan terbesar bagi peranti di bawah RM600 iaitu 128GB. Malah, pengguna juga boleh meluaskan lagi storan menggunakan kad mikroSD.



Harga dan tarikh jualan

Orang ramai boleh mula mendapatkan Honor X6 mulai 7 Oktober 2022. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Honor X6 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM599

Jualan Honor X6 akan terdapat di semua Honor Store, kedai online HiHonor Malaysia, Shopee dan Lazada, serta pengedar Honor seperti Courts, Harvey Norman, Senheng dan SenQ.



Spesifikasi Honor X6

Prestasi Honor X6 terletak dalam kelas permulaan. Ia dikuasakan oleh cip Mediatek Helio G25 12nm 8-teras, bersama RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Kad mikroSD turut diterima sehingga 1TB untuk meluaskan ruang simpanan.

Skrin di Honor X6 jenis TFT LCD, berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD (1600×720) dan kadar penyegaran 60Hz. Pengimbas capjari terletak di sisi, digabungkan dengan butang kuasa.

Terdapat takuk kecil di atas skrin, memuatkan kamera hadapan 5MP F2.2. Di belakang pula terdapat kamera utama 50MP F1.8, kamera potret 2MP F2.4 dan kamera makro F2.4.

Honor X6 dikuasakan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan 10W melalui sambungan USB-C. Speaker hanya mono tetapi masih ada jek audio 3.5mm untuk mencucuk fon telinga berwayar.

Terdapat tiga warna Honor X6 diperkenal di peringkat antarabangsa iaitu biru, perak dan hitam. Tetapi hanya dua warna ada dijual di Malaysia, biru dan perak. Sistem operasi yang digunakan Honor X6 pula adalah MagicUI 6.1 berasaskan Android 12.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Honor X6.

Tags: honorHonor X6
Najib

Najib

POPULAR

Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

25 Mei 2023
Netflix Malaysia mula kenakan caj RM13 untuk pengguna berkongsi akaun yang tidak tinggal serumah

Netflix Malaysia mula kenakan caj RM13 untuk pengguna berkongsi akaun yang tidak tinggal serumah

24 Mei 2023
Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles

Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles

24 Mei 2023
Honor X6 beri storan paling besar di telefon bawah RM600

Honor X6 beri storan paling besar di telefon bawah RM600

3 Oktober 2022
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 Mei 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER