• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

TIPS iOS 16: Cara yang sangat mudah untuk kongsi beberapa link internet sekaligus

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:02 pm
  • 03/10/2022
  • Komen
TIPS iOS 16: Cara yang sangat mudah untuk kongsi beberapa link internet sekaligus
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu cara untuk kita kongsi perkara menarik di Internet kepada orang lain adalah dengan salin pautan, kemudian tampalnya pada platform mesej seperti WhatsApp. Tapi, proses ini akan jadi rumit apabila terdapat banyak tab di pelayar web untuk dikongsikan. Pasti makan masa untuk salin satu per satu pautan, betul tak?

Namun dengan iPhone, anda boleh kongsikan banyak tab di Safari sekaligus dengan mudah. Diperkenalkan dalam iOS 15, Tab Groups membolehkan anda susun dan simpan tab dalam segmen berbeza. Contohnya, jika anda rancang percutian ke Paris, anda boleh simpan semua tab berkenaan percutian itu dalam satu kumpulan, lalu namakannya Percutian ke Paris.



Dalam ‌iOS 16‌, Apple kembangkan ciri Tab Groups dengan membolehkan anda kongsi gabungan tab itu kepada orang lain dengan mudah. Jadi, akan senanglah anda dan kenalan rujuknya semula. Berikut merupakan cara untuk hasilkan Tab Group dan kongsikannya dengan orang lain.

Cara hasilkan Tab Group di Safari

  1. Di Safari, pada mana-manan laman web, tekan butang segi empat di kanan bawah
  2. Tekan bar di tengah-tengah pada bahagian bawah
  3. Pada pilihan yang tersedia, pilih New Empty Tab Group
  1. Tulis nama tab tersebut, contohnya “Kerja” dan tekan Save
  2. Anda kemudian akan dibawa pada halaman Start Page, tekan bar ditengah
  3. Kemudian pilih pilihan atas sekali untuk akses semua tab yang telah anda buka
  1. Anda akan dipaparkan dengan semua tab itu
  2. Tekan lama pada mana-mana halaman yang anda nak masukkan dalam tab “Kerja”
  3. Kemudian akan ada beberapa pilihan tersenarai, pilih Move to Tab Group
  4. Seterusnya pilih “Kerja”
  5. Lakukan pada semua tab yang anda nak masukkan dalam tab “Kerja” untuk jadikannya satu kumpulan

Cara buka semula semua tab yang sudah dikumpulkan

Untuk buka semula kumpulan tab itu, anda boleh ikut langkah di bawah:



  1. Buka Safari
  2. Tekan kotak kecil di bawah kanan
  3. Tekan tab di tengah bawah
  4. Tekan pada kumpulan yang anda dah tetapkan tadi, ia kemudian akan paparkan semua halaman yang anda simpan di situ

Cara kongsi kumpulan tab di Safari

Untuk kongsikan kumpulan tab itu, ikut langkah di bawah:

  1. Buka kumpulan tab yang anda nak kongsikan
  2. Seterusnya akan nampak butang kongsi di atas kanan
  3. Pada menu seterusnya, tandakan orang atau aplikasi yang ingin anda kongsikan kumpulan itu

Saya ada cuba kongsikannya melalui WhatsApp dan Telegram, malangnya pilihan tersebut tak disediakan. Hanya Messages sahaja yang ada. Tapi, perkara ini tetap akan memudahkan anda untuk kongsi banyak perkara menarik di Internet bersama orang lain.

[Sumber: Tomsguide]

Tags: appleiOS 16iphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS iOS 16: Cara yang sangat mudah untuk kongsi beberapa link internet sekaligus

TIPS iOS 16: Cara yang sangat mudah untuk kongsi beberapa link internet sekaligus

3 October 2022
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN