• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Daftar undi kini automatik, ini cara semak online tempat mengundi, tuntut pembetulan atau tukar lokasi mengundi

  • OLEH Najib
  • 4:12 pm
  • 06/10/2022
  • Komen
Daftar undi kini automatik, ini cara semak online tempat mengundi, tuntut pembetulan atau tukar lokasi mengundi
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila Parlimen Malaysia dibubarkan, rakyat Malaysia perlu menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi. Sebelum ini, warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan ke atas, perlu mendaftar secara manual di pejabat pos atau dengan mana-mana wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum layak mengundi.

Tetapi kini, semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas, layak mengundi tanpa perlu mendaftar. Ini kerana pendaftaran automatik telah diwartakan dan dilaksanakan sejak 15 Disember 2021. Had umur pengundi juga telah diturunkan daripada 21 tahun, kepada 18 tahun.



SPR akan merujuk alamat terbaru pengundi di dalam sistem Jabatan pendaftaran Negara (JPN) untuk menentukan kawasan mengundi mereka. Tetapi sesiapa yang menggunakan alamat umum atau tidak lengkap dalam sistem itu tidak akan didaftarkan.

Pendaftaran pengundi automatik bagi warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas

Proses pendaftaran pemilih secara automatik pula akan mengambil masa sehingga sebulan setengah dari hari individu berkenaan mencapai umur 18 tahun. Daftar pemilih tambahan terbaru akan diwartakan pada 16 haribulan setiap bulan.



Jika individu mencapai usia 18 tahun pada September, nama mereka akan ada di dalam daftar mengundi pada 16 Oktober 2022.

Memandangkan pendaftaran kini adalah automatik, adalah penting untuk anda sebagai warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, untuk mengetahui di manakah pusat anda mengundi.

Cara semak daftar mengundi

Anda boleh menyemak maklumat mengundi anda tanpa perlu ke pejabat SPR. Dengan ini, anda boleh tahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen untuk mengundi kelak. Terdapat 3 cara iaitu:

  1. Portal Semakan SPR (https://mysprsemak.spr.gov.my)
  2. Aplikasi mudah alih mySPR Semak: Apple Appstore, Google Playstore, Huawei AppGallery
  3. Talian Hotline: 03 8892 7018

Hanya masukkan nombor kad pengenalan untuk mengetahui di manakah Daerah Mengundi, DUN, Parlimen, dan Negeri berkaitan tempat mengundi anda.

Semakan di portal SPR
Semakan di aplikasi MySPR Semak

Cara daftar jika nama tiada dalam daftar

Warganegara Malaysia yang telah berusia 18 tahun dan sebulan selepas tarikh lahir, jika nama tiada apabila disemak di dalam daftar mengundi SPR, boleh mendaftar sendiri. Caranya dengan mengisi Borang C melalui 2 cara ini:

  1. Di portal SPR (https://myspr.spr.gov.my )
  2. Pergi ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri

Cara betulkan kesilapan maklumat atau kawasan pendaftaran

Selepas membuat semakan daftar mengundi dan mendapati ada kesilapan, tuntutan pembetulan boleh dibuat juga melalui Borang C. Cara yang sama seperti di atas.

Cara tukar bahagian pilihan raya dan status

Jika anda merasakan alamat mengundi tidak tepat atau mahu menukar tempat mengundi, ia juga boleh dilakukan secara atas talian, di portal MySPR. Ia hanya boleh ditukar mengikut alamat di MyKad, atau kad kuasa Polis atau kad MyTentera. Ikuti langkah di bawah:

  1. Pergi ke portal SPR (https://myspr.spr.gov.my/login)
  2. Jika belum ada akaun MySPR, sila klik pada permohonan baru. Kalau sudah ada, log masuk ke akaun MySPR anda.
  3. Klik pada Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) untuk memohon pertukaran yang diingini. Isi borang yang disediakan.
  4. Pilih ‘Kategori Pemilih’ di Bahagian 1.
  5. Isikan alamat lengkap seperti dalam kad pengenalan, atau alamat tempat bertugas bagi tentera dan polis, atau alamat tempat bertugas pasangan bagi suami/isteri tentera dan polis.
  6. Muat naik gambar hadapan MyKad / Kad Kuasa Polis / MyTentera, bserta gambar swafoto bersama kad pengenalan tadi.
  7. Semak maklumat yang diisi tadi dan klik HANTAR jika tepat. Notifikasi akan keluar meminta klik pada MOHON TAC. Anda perlu klik padanya.
  8. Nombor TAC akan dihantar ke emel dan SMS nombor yang didaftarkan. Masukkan nombor TAC dan klik HANTAR.
  9. Notis akan keluar menyatakan ‘Borang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia’ melalui emel.

Anda boleh semak status pertukaran ini di portal SPR (https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan) atau di aplikasi MySPR Semak

Tags: jpnpilihanrayaSPRundi
Najib

Najib

POPULAR

Daftar undi kini automatik, ini cara semak online tempat mengundi, tuntut pembetulan atau tukar lokasi mengundi

Daftar undi kini automatik, ini cara semak online tempat mengundi, tuntut pembetulan atau tukar lokasi mengundi

6 October 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER