• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Twitter tidak lagi hadkan perkongsian gambar, video & GIF dalam satu tweet

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:56 pm
  • 06/10/2022
  • Komen
Twitter tidak lagi hadkan perkongsian gambar, video & GIF dalam satu tweet
Share on FacebookShare on Twitter

Di Twitter, pengguna sudah lama boleh siarkan gambar, video dan GIF pada sesebuah tweet. Tapi, anda perasan tak, kita tak boleh gabungkan ketiga-tiga pilihan tersebut dalam satu tweet yang sama. Jadi, solusinya pengguna perlu hasilkan satu bebenang untuk gabungkan semua perkara tersebut. Perkara ini rumit sebenarnya sebab perlu sediakan tweet berlainan.

Tapi, baru-baru ini Twitter ada umumkan bahawa anda boleh gabungkan pelbagai jenis media apabila menyiarkan tweet baru. Ciri ini telah dilancarkan kepada sekumpulan kecil pengguna sejak Julai lalu. Maka dengan perubahan ini, bolehlah anda gabungkan gambar dan video atau GIF bersama dalam satu tweet.



Get ready to mix it up with visuals on Twitter.

You can now add a combination of media to your Tweet on Android and iOS. That means you can include a photo, GIF, and video (or two!) all in the same Tweet. Tap the photo icon in the Tweet composer to start mixing your media. pic.twitter.com/9D1cCzjtmI

— Twitter Support (@TwitterSupport) October 5, 2022

Anda boleh tambah sehingga empat video, imej dan/atau GIF pada setiap Tweet. Kemas kini ini sudah tersedia pada aplikasi Twitter di iOS dan Android. Dengan kemampuan ini, bolehlah anda kongsikan sesuatu perkara dengan lebih luas di platform itu sebab ia kini tidak terhad kepada satu jenis media sahaja.

Cara untuk gabungkan media ini mudah sahaja, anda boleh ikut langkah di bawah:



  1. Tekan simbol + pada halaman utama
  2. Tekan jenis media anda nak masukkan, contohnya gambar
  3. Setelah pilih, anda boleh tekan lagi simbol gambar untuk masukkan gambar dan video, atau tekan simbol GIF untuk masukkan GIF
  4. Tulis kapsyen, kemudian boleh Tweet

Anda boleh cuba gunakan ciri ini untuk kongsi cerita anda di Twitter. Jika media yang anda tampilkan itu disusun baik selari dengan kapsyen, tentu tweet anda akan dapat perhatian ramai orang. Cuma, had 4 media satu Tweet itu mungkin jadi masalah jika ada banyak perkara ingin dikongsi. Diharapkan Twitter akan kembangkan ciri ini seperti Instagram, di mana pengguna boleh letak sehingga 10 gambar bercampur video dalam satu perkongsian.

[Sumber: 9TO5Mac]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Twitter tidak lagi hadkan perkongsian gambar, video & GIF dalam satu tweet

Twitter tidak lagi hadkan perkongsian gambar, video & GIF dalam satu tweet

6 October 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN