• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A77s datang bersama hadiah sangat menarik untuk wanita

  • OLEH Najib
  • 10:01 am
  • 08/10/2022
  • Komen
Oppo A77s datang bersama hadiah sangat menarik untuk wanita
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia kini melancarkan satu lagi telefon pintar baharu, Oppo A77s. Ia akan dijual di Malaysia mulai 8 Oktober, menampilkan naik taraf di segi kamera, hiburan serta sistem operasi.

Harga dan promosi jualan

Kedatangan Oppo A77s ke Malaysia dimeriahkan lagi dengan pengumuman, kit perjalanan kecantikan Y.O.U percuma. Ia diberikan kepada semua pembeli Oppo A77s, sementara stok masih ada.



Harga rasmi Oppo A77s di Malaysia adalah:

  • Oppo A77s (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM999

Orang ramai boleh mendapatkan Oppo A77s bersama hadiah percuma Y.O.U mulai 8 Oktober 2022, daripada Stor Jenama Oppo, Stor Online Oppo, pengedar sah Oppo, serta di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Oppo A77s

Oppo menyediakan kuasa daripada cip Snapdragon 680 4G sebagai penggerak utama Oppo A77s. Ia dipadankan bersama RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 2.2 128GB. Teknologi RAM Extension membolehkan ia menambah 5GB RAM maya, manakala slot kad mikroSD menerima storan tambahan sehingga 1TB.

Skrin di hadapannya jenis LCD seluas 6.56-inci, di dalam resolusi HD 720p dan kadar penyegaran 90Hz. Ada takuk kecil di atas skrin ini manakala pengimbas capjari terletak di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Kamera di belakanya menggabungkan kamera utama 50MP F1.8 dan kamera momo 2MP F2.4. Kamera hadapan pula 8MP F2.0, tesemat di dalam lubang di dahi skrin.

Tenaga disalurkan daripada bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia boleh dicas pantas dengan kuasa 33W melalui teknologi SUPERVOOC USB-C.

Sistem bunyi pula stereo, dihasilkan menerusi dua speaker di atas dan bawah skrin serta menyokong teknologi Dirac 3.0 untuk bunyi lebih lantang. Jek audio 3.5mm masih ada di telefon ini, serasi digunakan bersama fon telinga atau speaker berwayar.

Satu perkara yang cuba ditonjolkan untuk telefon ini adalah warna dan kemasan badan Oppo A77s yang menawan dan premium. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna, biru dan hitam.

Telefon ini juga diiktiraf kalis percikan air dan debu IP54. Sistem operasi yang menggerakkan telefon ini adalah ColorOS 12.1 berasaskan Android 12.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Oppo A77s.

Tags: oppoOppo A77s
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Oppo A77s datang bersama hadiah sangat menarik untuk wanita

Oppo A77s datang bersama hadiah sangat menarik untuk wanita

8 October 2022
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER