• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Premium Partner Store pertama di Malaysia telah dibuka, lengkap dengan petugas bertauliah

  • OLEH Najib
  • 10:02 pm
  • 12/10/2022
  • Komen
Apple Premium Partner Store pertama di Malaysia telah dibuka, lengkap dengan petugas bertauliah
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mahu bersorak gembira kerana memikirkan Apple Store telah dibuka di Malaysia, sabar dahulu kerana anda sudah salah faham. Apa yang kami mahu maklumkan ini adalah, Apple Premium Partner Store pertama telah dibuka di Malaysia. Bukannya Apple Store pertama di Malaysia.

Salah satu pengedar sah Apple di Malaysia iaitu Machines, telah membuka Apple Premium Partner Store di Pavilion Kuala Lumpur. Ia juga adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.



Berbeza dengan cawangan pengedar sah Apple yang biasa, Apple Premium Partner Store menawarkan pengalaman lebih premium. Konsep perniagaan baru ini telah pertama kali dibuka Apple di Bahnhofplatz 1 di Zurich, Switzerland pada bulan Ogos tahun ini dan ia dikendalikan oleh DQ Solutions. Minggu lepas pula dilaporkan, iStyle selaku Apple Premium Reseller di Czech telah membuka Apple Premium Partner Store di Westfield Chodov, Prague pada 14 Oktober.

Selain menyediakan persekitaran lebih segar dan lebih terang, kedai ini menyediakan kakitangan yang diiktiraf sebagai penasihat sah Apple untuk membantu pelanggan. Ini hanyalah satu tahap di bawah Apple Store sebenar seperti di Singapura dan Thailand.



Sudah pasti, kedai ini akan memberikan pengalaman lebih baik untuk pengguna mencuba dan menguji pelbagai produk Apple, serta menerima nasihat yang tepat dan sesuai untuk keperluan mereka. Kedai baru ini boleh dikenali dengan mudah menerusi papan tanda ‘Premium Partner‘ di hadapan.

Apple Premium Partner Store pertama di Malaysia ini terletak di lot 5.19 dan 5.20, Tingkat 5, Pavilion Kuala Lumpur dan telah dibuka pada Hari Malaysia lepas.

[Gambar: Machines]

Tags: appleApple Premium PartnerApple Premium Partner StoreApple Store
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Apple Premium Partner Store pertama di Malaysia telah dibuka, lengkap dengan petugas bertauliah

Apple Premium Partner Store pertama di Malaysia telah dibuka, lengkap dengan petugas bertauliah

12 October 2022
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER