• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

5 ciri menarik Acer Swift 5 jadikannya laptop terbaik untuk golongan bekerjaya

  • OLEH Penaja
  • 7:17 pm
  • 14/10/2022
  • Komen
5 ciri menarik Acer Swift 5 jadikannya laptop terbaik untuk golongan bekerjaya
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan oleh Acer

Apabila bekerjaya, kita perlu kerap membawa laptop ke merata tempat untuk selesaikan urusan. Tapi, menjadi masalah apabila laptop itu berat, tidak miliki spesifikasi hebat, ditambah pula dengan hayat bateri pendek.

Terlalu banyak jenis laptop di pasaran menyebabkan kita susah membuat pilihan untuk dapatkan laptop sesuai. Tapi, anda tahu tak, laptop premium Acer Swift 5 SF514-56TA ada semua ciri yang diperlukan oleh individu bekerjaya? Contohnya, ia miliki reka bentuk minimalis, rekaan nipis, ringan, ada hayat bateri panjang dan gunakan pemproses yang dipercayai. Tentunya semua perkara ini akan memenuhi keperluan harian seseorang untuk bekerja. Jadi, berikut merupakan perincian 5 ciri menarik yang ada pada Acer Swift 5.

1. Badan nipis & premium gred aeroangkasa

Dari luar, Acer Swift 5 direka dengan casis aluminium 6063 gred aeroangkasa dengan tahap kekerasan 75HV. Ini menjadikannya perisai yang kebal untuk melindungi komponen di dalam. 

Selain itu, bahagian luarnya disalut (anodized) bagi menjadikannya tahan lama, tahan kakisan dan haus. Lapisan ini tampil lebih mewah apabila ia dianodkan kali kedua bagi menghasilkan warna emas yang mewah.

2. Dua kipas di dalam laptop

Laptop selalu cepat panas? Tapi ini tidak berlaku di Acer Swift 5 sebab ia disertakan dwi kipas yang menyokong berbilang mod penyejukan. Dengan Acer TwinAir, ia boleh menyingkirkan haba yang lebih baik daripada kipas tunggal iaitu sehingga 65.8% prestasi terma yang lebih tinggi. 

Dua kipasnya yang cekap, ditempatkan di kiri dan kanan untuk mengedarkan udara sejuk ke seluruh laptop. Jadi, anda bolehlah rasa sentuhan sejuk pada permukaannya.

3. Prestasi maksimum dengan pemproses Intel Core Gen 12

Acer swift 5 bawakan pemproses generasi ke-12 Intel Core, menampilkan sehingga 12 teras dengan grafik Intel Iris Xe. Ini membolehkannya bekerja dengan prestasi maksimum. Sistem prestasi kuasa pada generasi baru Swift 5 ini meningkat sebanyak 47% dengan Mod prestasi Acer TwinAir berbanding pendahulunya.

4. Diiktiraf Intel Evo

Laptop premium ini juga menerima lencana Intel Evo. Ini bermakna, ia miliki prestasi hebat di samping menawarkan hayat bateri yang panjang. 

Sesuai untuk kegunaan seharian, Acer Swift 5 ada hayat bateri yang mampu bertahan sehingga 14 jam. Lebih memudahkan pengguna, ianya juga dicipta menyokong teknologi pengecasan pantas. Dalam masa 30 minit pengecasan, anda boleh dapatkan hayat bateri yang mampu bertahan sekurang-kurang 4 jam atau lebih dengan paparan FHD.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang yang sibuk bekerja, anda boleh gunakan Teams, Zoom atau aplikasi lain pada Acer swift 5 ini dengan lancar sambil meminimumkan impak kepada responsif dan hayat bateri. Selain itu, dari segi instant wake pula, laptop ini hanya memakan masa kurang dari satu saat untuk bangun dari mood sleep. Maka, ia tidak akan biarkan anda menunggu lama.

5. Ada paparan sentuh dengan teknologi TNR

Acer Swift 5 gunakan sistem operasi terkini iaitu Windows 11.  Dengan laptop ini, anda boleh rasai pengalaman menggunakan paparan sentuh 16:10 2560×1600 dengan kaca Antimikrobial Corning Gorilla Glass. Ia mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 92.22% untuk bezel nipis di sekelilingnya.

Kamera hadapannya jenis FHD dan menggunakan teknologi TNR (Temporal Noise Reduction). Dengannya, anda boleh lihat paparan pada skrin dengan kualiti tinggi walaupun cahaya disekeliling anda malap. Perkara ini ditambah baik lagi dengan teknologi Acer PurifiedVoice™ bersama AI Noise Reduction yang membolehkan anda  dapatkan pengalaman panggilan video yang sangat baik.

Bukan itu sahaja, Acer Swift 5 juga tampilkan pengimbas cap jari di butang kuasa untuk keselamatan tinggi dan memudahkan anda log masuk.

Jadi, jika anda seorang yang sentiasa perlu bawa laptop kemana-mana dan mahukan laptop dengan rekaan mewah serta spesifikasi terkini, maka Acer Swift 5 sangat berbaloi untuk didapatkan. Anda boleh dapatkan laptop premium ini dengan spesifikasi yang hampir sama di sini.

Tags: AcerAcer MalaysiaAcer Swift 5laptoppenaja
Penaja

Penaja

POPULAR

5 ciri menarik Acer Swift 5 jadikannya laptop terbaik untuk golongan bekerjaya

5 ciri menarik Acer Swift 5 jadikannya laptop terbaik untuk golongan bekerjaya

14 October 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER