• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus Vivobook 16X tiba di Malaysia, dikuasakan Ryzen 5 dan Vega 7

  • OLEH Najib
  • 2:14 pm
  • 14/10/2022
  • Komen
Asus Vivobook 16X tiba di Malaysia, dikuasakan Ryzen 5 dan Vega 7
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2022 merupakan tahun laptop 16-inci muncul bak cendawan lepas hujan. Terbaru, Asus mengumumkan kedatangan laptop Vivobook 16X ke Malaysia.

Laptop ini dikuasakan cip AMD Ryzen 5, bersama skrin LCD berukuran 16-inci. Ia juga lengkap dengan pelbagai fungsi menarik seperti pengimbas capjari, port bersaiz penuh dan badan laptop rata 180-darjah.



Harga dan tarikh jualan

Asus mula menjual laptop Vivobook 16X di Malaysia pada 12 Oktober 2022. Ia boleh dibeli daripada stor rasmi Asus serta pengedar sah Asus, pada harga:

  • Asus Vivobook 16X (Ryzen 5 5600H, DDR4 8GB, SSD 512GB) – RM2,999

Spesifikasi Asus Vivobook 16X

Asus melengkapi prestasi tinggi pada Vivobook 16X dengan cip AMD Ryzen 5 5600H 6-teras berkelajuan sehingga 4.2GHz. Ia dipadankan bersama GPU AMD Radeon Vega 7. RAM pula jenis DDR4 sebanyak 8GB dan ada slot kosong So-DIMM untuk pengguna menambah RAM. Storan pula jenis SSD M.2 NVMe PCIe 3.0 seluas 512GB.



Paparan di Vivobook 16X sebesar 16-inci, jenis LCD dengan resolusi HD Penuh (1920×200) dan kecerahan setinggi 300 nits. Bingkai Nanoedge di tepi skrin sangat nipis dan ia menempatkan kamera web di atas skrin. Untuk lebih ketenangan hati dan minda, kamera web ini boleh ditutup secara fizikal.

Asus juga menjadikan badan laptop ini fleksibel. Ia boleh dibuka rata sehingga 180-darjah. Papan kekunci berlampu padanya bersaiz penuh dengan sudut selesa menaip apabila dibuka. Trackpad padanya cukup luas, turut terbina pengimbas capjari di sudut atas untuk daftar masuk Windows yang pantas. Asus turut menambah pelindung anti-bakteria sebagai lapisan membunuh bakteria merbahaya.

Pengguna tidak perlu risau tentang sambungan kerana Vivobook 16X lengkap dengan semua port yang diperlukan. Ia ada port USB-C 3.2 Gen 1, USB 3.2 Gen Type-A, USB 2.0, HDMI dan jek audio kombo. Bagaimanapun, tiada port LAN. Sambungan wayarles pula ada Bluetooth 5 dan WiFi 6 802.11ax.

Bateri di dalam laptop ini berkuasa 50WHrs 3 sel jenis Lithium-ion. Asus memberi pengecas pantas 90W tetapi ia menggunakan palam khusus, bukannya USB-C.

Terdapat dua warna disediakan untuk Vivobook 16X di Malaysia iaitu Biru dan Perak. Ia datang siap dengan sistem operasi Windows 11 dan dipasang bersama Microsoft Office Home & Student 2021.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Asus Vivobook 16X.

Tags: Asus VivoBookAsus Vivobook 16XlaptopVivobook 16X
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Asus Vivobook 16X tiba di Malaysia, dikuasakan Ryzen 5 dan Vega 7

Asus Vivobook 16X tiba di Malaysia, dikuasakan Ryzen 5 dan Vega 7

14 October 2022
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN