• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony ZV-1F, siapalah yang akan belinya berbanding GoPro Hero 11 Black

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:54 am
  • 14/10/2022
  • Komen
Sony ZV-1F, siapalah yang akan belinya berbanding GoPro Hero 11 Black
Share on FacebookShare on Twitter

Ini adalah kamera Sony paling asas boleh anda temukan. Daripada spesifikasi asas, Sony ZV-1F tentu sekali ditujukan kepada vlogger ataupun pencipta kandungan yang perlukan sebuah kamera kompak untuk merakam wajah mereka ataupun sedikit b-roll ringkas sebagai sokongan kepada kamera utama mereka.

Badan ZV-1F adalah seperti sebuah kamera jenis point-and-shoot. Rekaannya mirip Sony ZV-1 yang lebih berkuasa. Di bahagian teras, ZV-1F dilengkapi sensor 1” BSI CMOS beresolusi 20MP. Untuk komponen optik, lensanya memiliki jarak fokal 20mm (setara format 35mm) dengan bukaan apertur F2.0.



Ya, kamera ini tiada lensa mengezum fizikal dan hanya ada satu bukaan apertur, sama seperti kebanyakan telefon pintar, malah semua kamera aksi di luar sana. Itu adalah kelemahan utama kamera ini. Lain-lain yang anda perlu tahu adalah ia ada skrin boleh kilas keluar untuk kandungan selfie.

Di bahagian atas ada coldshoe yang tiada sebarang titik sambungan, contohnya kalau anda nak guna mikrofon Sony ECM-G1 yang perlukan titik itu.



Pada sudut videografi, kamera ini mampu merakam dalam resolusi sehingga 4K30.

Harganya bukanlah murah. Di Malaysia, harganya adalah RM2,599 (Lazada, Shopee). Pada harga setara itu, ia berada dalam lingkungan GoPro Hero 11 Black tapi saya rasakan kamera aksi pesaing itu jauh lebih praktikal daripada kamera Sony ini.

Sungguhpun sensornya sedikit kecil, ia adalah sebuah kamera yang tegap. Anda boleh dapatkan b-roll yang lebih gempak berbanding ZV-1F. Saya tak rasakan GoPro tidak mampu untuk rekod video selfie dengan audio yang baik.

Daripada bangunkan Sony ZV-1F, saya rasa ada baiknya sumber yang mereka habiskan itu disalurkan kepada pembaharuan kamera aksi Sony iaitu FDR-X3000.

Walau apapun, anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Sonysony zv-1f
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Sony ZV-1F, siapalah yang akan belinya berbanding GoPro Hero 11 Black

Sony ZV-1F, siapalah yang akan belinya berbanding GoPro Hero 11 Black

14 October 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER