• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: Perlu memandu pada waktu malam? Ikut 5 amalan ini untuk kekal selamat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:11 pm
  • 16/10/2022
  • Komen
TIPS: Perlu memandu pada waktu malam? Ikut 5 amalan ini untuk kekal selamat
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda berhadapan dengan situasi terpaksa memandu kenderaan pada waktu malam dalam jarak yang jauh? Contohnya perlu pulang lewat malam ke rumah dari pejabat sebab banyak kerja, atau bergegas memandu ke kampung pada waktu malam sebab ada kecemasan. Jika pernah, anda ada rasa bimbang tak kerana takut jika berhadapan dengan kemalangan?

Saya yakin, mesti ramai ada perasaan tersebut. Lebih-lebih lagi apabila perlu melalui jalan yang gelap disebabkan tiada lampu jalan. Oleh itu, berikut merupakan 5 langkah keselamatan yang boleh anda amalkan untuk memandu pada waktu malam supaya selamat tiba ke destinasi.



1. Ingat untuk pasang lampu depan!

Pernah nampak kereta memandu pada waktu malam tapi tak pasang lampu depan? Ya, ini mungkin berlaku disebabkan individu itu mulakan pemanduan pada waktu petang. Jadi, sebelum memandu, ingat untuk hidupkan lampu depan. Pastikan juga ia berfungsi dengan baik dan berada dalam kedudukan yang betul. Jika lampu depan terlalu rendah, ini mungkin mengehadkan penglihatan anda semasa memandu pada waktu malam. Sebaliknya, jika lampu depan terlalu tinggi, ini akan membahayakan pemandu dari arah bertentangan. Ini kerana silau boleh menjejaskan penglihatan seterusnya mengakibatkan perlanggaran.

Sumber

2. Guna lampu pancaran tinggi dengan bijak

Pernah berdepan dengan silau yang melampau ketika memandu, akibat daripada kereta yang datang dari arah bertentangan gunakan lampu pancaran tinggi? Jika pernah, pastikan kelajuan kereta anda stabil dan kekal dekat dengan sebelah kiri jalan. Elak melihat ke arah lampu yang mengganggu anda. Silau dari lampu pancaran boleh akibatkan pelanggaran.



Ingat, hanya gunakan lampu pancaran tinggi apabila persekitaran selamat untuk berbuat demikian. Contohnya, apabila tiada kenderaan di arah bertentangan. Lampu pancaran tinggi ini berguna untuk mengesan bahaya di dalam gelap. Jadi, gunakannya secara bijak.

Sumber

3. Ketahui tanda mengantuk & jangan memandu ketika alaminya

Bila anda mengantuk, jangan tahan mata, tidur dahulu secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Jika tidak, anda berpotensi terlelap sekejap (microsleep) ketika memandu. Banyak kemalangan maut berlaku akibat hal ini. Berikut merupakan tanda mengantuk yang anda perlu tahu dan jangan memandu jika alaminya:

  1. Anda tak boleh ingat melalui bangunan atau kawasan tertentu
  2. Fikiran melayang dan tak boleh fokus pada jalan raya
  3. Susah untuk buka mata
  4. Anda dapati kereta anda termasuk pada lorong lain
  5. Anda tak boleh berhenti menguap
Sumber

4. Rehat setiap 2 jam

Anda secara semula jadi akan rasa lebih mengantuk pada waktu tengah malam. Jadi, jika anda perlu lalui perjalanan yang jauh, anda digalakkan untuk berehat setiap dua jam. Contohnya berhenti di stesen minyak atau RnR untuk dapatkan udara segar, lakukan regangan dan makan serta minum untuk segarkan diri. Ingat, kelitihan boleh jejaskan pemanduan dan berpotensi menyebabkan kemalangan. Biarkan lambat sampai ke destinasi, asalkan anda selamat. Tapi, kalau boleh, cuba elakkan daripada memandu dalam perjalanan yang panjang pada waktu malam.

Sumber

5. Elak memandu seorang diri

Memandu jarak jauh pada waktu malam boleh menyebabkan anda bosan dan ia pastinya mengganggu tumpuan. Jadi, pastikan anda ada peneman. Libatkan mereka dalam perbualan, nyanyi bersama-sama atau pandu bergilir-gilir. Jadi, bolehlah anda kekal fokus ketika memandu dan selamat tiba ke lokasi. Jika tiada peneman, anda boleh pasang radio dengan lagu yang menghiburkan sebagai alternatif.

Dengan lakukan langkah di atas, pasti anda boleh tiba ke destinasi yang anda mahu dengan selamat. Selain itu, diingatkan juga untuk anda mengenakan pakaian berwarna terang apabila memandu pada waktu malam sebab ia akan bantu anda jika berada dalam situasi kecemasan seperti kereta terkandas di tepi jalan. Dengan memakai pakaian cerah, anda akan lebih mudah dilihat oleh pemandu lain serta kakitangan kecemasan jika berlaku kemalangan.

[Sumber: Startrescue, Takeitpersonelly]

Tags: memandu
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: Perlu memandu pada waktu malam? Ikut 5 amalan ini untuk kekal selamat

TIPS: Perlu memandu pada waktu malam? Ikut 5 amalan ini untuk kekal selamat

16 October 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER