• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Amazfit

Amazfit Falcon: Jam tangan multisukan premium yang ada badan besi bergred aeroangkasa, dilancar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:47 am
  • 17/10/2022
  • Komen
Amazfit Falcon: Jam tangan multisukan premium yang ada badan besi bergred aeroangkasa, dilancar
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar produk peranti boleh pakai terkenal, Amazfit, telah lancarkan satu produk baharu yang bernama Amazfit Falcon. Berdasarkan spesifikasi jam tangan ini, ia berada dalam kategori jam tangan multisukan premium dek badannya yang menggunakan bahan besi bergred aeroangkasa dan ada beberapa ciri lasak yang lain.

Bermula daripada luar, Amazfit Falcon melepasi 15 jenis ujian piawaian ketenteraan. Tapi tidaklah pula dinyatakan ujian yang mana satu. Melepasi MIL-STD 810G, jam tangan ini dikatakan kalis air pada paras 200 meter, yang pertama seumpamanya dalam produk Amazfit.



Untuk paparan, jam tangan ini dilengkapi panel paparan AMOLED sebesar 1.28”. Resolusinya adalah pada 416p. Sebagai perlindungan, muka Amazfit Falcon dilapisi kaca kristal nilam, sama seperit yang digunakan pada jam-jam jenama terkenal seperti Garmin Fenix dan Suunto Spartan.

Daripada segi ciri dalaman, didapati yang spesifikasinya adalah mirip Amazfit T-Rex 2 Pro. Jam itu telah kami reviu tak berapa lama dulu. Anda boleh tonton videonya di bawah ini.



Di bahagian belakang Amazfit Falcon, anda akan temui sensor BioTracker 3.0 PPG yang boleh menyukat kadar denyutan jantung dan juga paras kepekatan oksigen dalam darah. Selain itu, berikut adalah sensor-sensor yang hadir pada jam tangan ini:

  • Akselerometer
  • Giroskop
  • Geomagnetik
  • Barometer
  • Cahaya
  • GNSS dwijalur & sistem penjejak 6 satelit

Kesemua sensor-sensor ini membolehkan ia menjejak 159 jenis sukan dan 8 daripadanya boleh dijejak secara automatik tanpa anda perlu arahakannya untuk jejak. Satu ciri menarik dengan jam ini adalah, ia boleh disambungkan dengan gajet penjejak Bluetooth seperti tali pinggang kecergasan, untuk anda cerap data dengan lebih jitu.

Untuk berkomunikasi dengan dunia luar, jam ini ada sambungan Wi-Fi 2.4Ghz bersama-sama dengan Bluetooth 5.0 BLE. Ia bersambung dengan telefon menerusi APP Zepp yang boleh dimuat turun untuk platform Android dan iOS.

Amazfit Falcon dibekalkan bateri 500mAh. Menurut pengeluarnya, hayat baterinya boleh pergi sehingga 14 hari lamanya bergantung kepada waktu penggunaan. Misalnya, apabila ciri GPS digunakan, ia boleh memakan bateri sepantas 21 jam ataupun dalam mode jimat tenaga, GPS boleh berfungsi sehingga 50 jam lamanya.

Amazfit Falcon ditawarkan dalam pasaran A.S pada harga USD500 (RM2,354). Pada paras harga sebegitu, anda boleh dapatkan Garmin Instinct Solar yang ada ciri hampir sama dengan Amazfit Falcon kecuali pada skrin monokrom. Ataupun, anda boleh dapatkan saja Amazfit T-Rex 2 pada harga RM799 sahaja, berbanding Falcon, anda kehilangan badan titanium dan ciri berhubung dengan gajet penjejak Bluetooth, itu sahaja.

[Reviu] Amazfit T-Rex 2: Spesifikasi menaik bersama harga, adakah masih berbaloi?

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: amazfitamazfit falconwearable
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Amazfit Falcon: Jam tangan multisukan premium yang ada badan besi bergred aeroangkasa, dilancar

Amazfit Falcon: Jam tangan multisukan premium yang ada badan besi bergred aeroangkasa, dilancar

17 October 2022

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER