• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi A1 telefon termurah Xiaomi, harganya tidak sampai RM400

  • OLEH Najib
  • 10:48 am
  • 17/10/2022
  • Komen
Redmi A1 telefon termurah Xiaomi, harganya tidak sampai RM400
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi memang terkenal dengan telefon murah yang berbaloi dengan spesifikasi, lebih-lebih lagi dalam model Redmi. Tapi anda tahukah, model Xiaomi yang mana paling murah dilancar tahun ini?

Jawapannya adalah Redmi A1. Ia baru sahaja diumumkan tiba di Malaysia dengan harga di bawah RM400. Ia lebih murah daripada Redmi 10A yang dilancar awal tahun ini.



Harga dan tarikh jualan

Telefon pintar termurah Xiaomi ini mula dijual di Malaysia pada 15 Oktober 2022. Ia terdapat di semua Xiaomi Store dan pengedar sah Xiaomi, serta boleh dibeli atas talian di Lazada dan Shopee.

Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Redmi A1 (RAM 2GB + Storan 32GB) – RM359

Hanya satu varian ditawarkan di Malaysia setakat ini.

Spesifikasi Redmi A1

Sebagai peranti termurah, sudah pasti perkakas di dalamnya berkuasa kelas permulaan. Cip yang digunakan sebagai penggerak utama adalah Mediatek Helio A22, bersama RAM LPDDR4X sebanyak 2GB dan storan jenis eMMC 5.1 seluas 32GB. Ia menerima kad mikroSD sehingga 1TB untuk storan tambahan.

Skrinnya nampak tidak terlalu rendah kerana ia menggunakan paparan beresolusi HD 720p. Skrin ini sebesar 6.52-inci, memiliki takuk kecil di dahinya.

Takuk kecil di atas skrin ini memuatkan kamera hadapan 5MP F2.2. Di belakang, katanya ada dua kamera iaitu kamera utama 8MP F2.0 dan kedua adalah lensa pembantu QVGA (248×328). Lensa kedua digunakan untuk membantu menghasilkan gambar potret dengan kesan bokeh.

Bateri di dalam cukup besar, berkapasiti 5,000mAh tetapi ia mengecas melalui sambungan mikroUSB dengan kuasa 10W. Pengecas ada diberi di dalam kotak.

Pembesar suara hanya mono di Redmi A1 tetapi ia masih ada jek audio 3.5mm untuk sambungan fon telinga berwayar.

Sistem operasi yang digunakan di Redmi A1 adalah Android 12 Go Edition. Ia adalah sistem operasi yang lebih ringan daripada Android 12 biasa, dengan beberapa fungsi canggih dibuang untuk memastikan penggunaan yang lancar.

Terdapat tiga warna pilihan disediakan untuk Redmi A1 iaitu biru, hijau dan hitam.

Dengan harga yang sangat murah, spesifikasi cukup makan dan OS Android 12 go Edition, Redmi A1 sesuai digunakan sebagai telefon kedua, atau pekerjaan e-hailing, atau untuk anak-anak kecil.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Redmi A1.

Bacaan Berkaitan

  • Redmi 10A, telefon Xiaomi paling murah tiba di Malaysia
  • Redmi 10C kembali sebagai peranti murah Xiaomi di bawah RM600
  • Xiaomi lancar Redmi 10 dengan skrin 90Hz, harga tidak semurah dahulu
  • Nak Beli Ke Tak Beli: Redmi 10, prestasi sama, harga dah tak murah
  • Redmi Pad perkenal skrin 90Hz dan empat speaker di tablet bawah RM1000
Tags: Redmi A1xiaomiXiaomi Redmi A1
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Redmi A1 telefon termurah Xiaomi, harganya tidak sampai RM400

Redmi A1 telefon termurah Xiaomi, harganya tidak sampai RM400

17 October 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER