• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Instant Articles Facebook akan ditamatkan, anda mungkin kena bayar lebih untuk layari Facebook

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:17 pm
  • 18/10/2022
  • Komen
Instant Articles Facebook akan ditamatkan, anda mungkin kena bayar lebih untuk layari Facebook
Share on FacebookShare on Twitter

Selalu baca artikel dari laman web melalui Facebook? Jika ya, anda perlu tahu bahawa Meta akan berhentikan perkhidmatan Instant Articles yang telah bantu anda mengakses sesebuah pautan dengan cepat di situ. Perkara ini akan ditamatkan menjelang pertengahan April 2023.

Jika anda tidak biasa dengan Instant Articles, ciri ini merupakan dokumen HTML asli Facebook. Semasa Facebook lancarkannya, mereka mengatakan bahawa Instant Articles akan memuat dan memaparkan artikel 4 kali lebih pantas daripada web mudah alih biasa dan menggunakan kurang data berbanding membuka artikel di laman web penerbit. Tapi, selepas sokongan ini tamat, pautan berita di Facebook akan bawa anda terus ke halaman mudah alih penerbit kandungan. Kesannya, selepas ini mungkin anda perlu tunggu lama sehingga sesebuah artikel dipaparkan kerana lebih banyak data diperlukan untuk membuka artikel, ini sekaligus boleh meningkatkan belanja kerana lebih banyak data perlu dilanggan.



Bagi saya, membaca melalui Instant Articles lebih seronok sebab ia membolehkan saya buka sesebuah pautan tanpa menunggu lama. Saya juga boleh akses artikel dengan mudah tanpa perlu keluar dari Facebook.

Walaupun ia datangkan faedah kepada pengguna, namun menurut Erin Miller jurucakap Meta, kini kurang daripada 3% pengguna di seluruh dunia lihat siaran dengan pautan ke artikel berita, di Feed Facebook. Jadi, tidak masuk akal untuk mereka melabur berlebihan dalam ciri yang tidak selari dengan pilihan pengguna. Penerbit juga sudah diberitahu hal ini dan mereka diberikan kira-kira enam bulan untuk memikirkan strategi alternatif menggantikan penggunaan Instant Articles.



Pendapat saya, penulis artikel tidak akan alami kesan besar akibat hal ini sebab mereka masih boleh tampal pautan artikel di Facebook Feed dan tarik ramai pembaca melaluinya. Cuma saya tidak pasti sama ada artikel yang ditampal nanti akan tampil sama seperti sekarang atau tidak. Jika pautan tampil seperti kapsyen sahaja, maka mungkin ini akan jadi cabaran untuk penulis mencari lebih ramai pembaca.

[Sumber: Gizmodo]

Tags: Facebook
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Instant Articles Facebook akan ditamatkan, anda mungkin kena bayar lebih untuk layari Facebook

Instant Articles Facebook akan ditamatkan, anda mungkin kena bayar lebih untuk layari Facebook

18 October 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER