• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Android 13 Go Edition rasmi, ada satu berita buruk dalam kalangan baik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:26 pm
  • 20/10/2022
  • Komen
Android 13 Go Edition rasmi, ada satu berita buruk dalam kalangan baik
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah mengumumkan versi baharu Android Go Edition. Kali ini berasaskan Android 13. Android 13 Go Edition membawakan beberapa penambahbaikan agar ia lancar dijalankan oleh peranti berspesifikasi rendah.

Salah satu daripadanya adalah cara kemas kini sistem operasi disampaikan. Melalui ciri Google Play System Updates, kemas kini berkala boleh disalurkan secara lebih cekap. Cara konvensional adalah dengan menghimpunkan kemas kini sekali banyak dan pakejkannya dalam satu fail yang besar saiznya.



Daripada segi antara muka, Google membawakan falsafah Material You pada Android Go kali ini. Ia sebenarnya telahpun diterap pada produk-produk Google sebelum ini. Ia adalah kesinambangan kepada Material Design yang mereka umumkan dalam tahun 2014.

Material You menggunakan pendekatan insaniah dalam membangunkan antara muka. Objektif yang ingin dicapai adalah antara muka yang dengan mudahnya boleh di-custom-kan mengikut cita rasa pengguna seperti menukar warna dan latar belakang bagi kena dengan mood.



Setakat ini, masih belum ada mana-mana pengeluar yang mengumumkan telefon manakah yang akan hadir dengan Android 13 Go Edition.

Apa yang anda tak nampak

Dikala anda sedang menyambut baik ketibaan Android 13 Go Edition, ada beberapa perkara yang tidak dihebahkan oleh pembangun sistem operasi ini. Tahukah anda yang keperluan minimum RAM sekiranya anda ingin menjalankan Android 13 Go Edition bersama-sama GMS telah dinaikkan?

Sumber

Go Edition untuk Android 12 memerlukan 1GB RAM, sama seperti Go Edition untuk Android 11. Tapi untuk Android 13, sebanyak 2GB diperlukan. Itulah angka yang ditetapkan Google sekiranya ingin mendapat pengiktirafan Google.

Hal ini bermakna, spektrum harga di bahagian bawah ekosistem Android akan terus meningkat dek peningkatan kos untuk mengasilkan telefon dengan RAM 2GB.

Sumber: Google

Tags: androidandroid 13android 13 go edition
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Android 13 Go Edition rasmi, ada satu berita buruk dalam kalangan baik

Android 13 Go Edition rasmi, ada satu berita buruk dalam kalangan baik

20 October 2022
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN