• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Undang-undang sedang digubal bagi larang tiket penerbangan ditukar kepada baucar atau kredit

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:33 am
  • 20/10/2022
  • Komen
AirAsia gembira kembali ke Terminal 4 Changi Singapura, lebih efisyen dan murah untuk operasi
Share on FacebookShare on Twitter

Bahana COVID-19, industri penerbangan dikatakan tempang seketika. Penerbangan ditunda malah dibatalkan oleh penyedia perkhidmatan. Banyak kita dengar keluhan penumpang yang gagal mendapatkan pulangan wang malah buat yang dapat sekalipun, ia dalam bentuk kredit yang perlu dibelanjankan dalam tempoh tertentu.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah melaporkan mereka sedang merangka satu pindaan terhadap Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 bagi menangani isu tersebut.



Isu pampasan dalam bentuk baucar ataupun kredit

Sejak dokumen perlindungan pengguna itu dikuatkuasakan dalam tahun 2016, penyedia perkhidmatan penerbangan diwajibkan untuk memberi pampasan kepada penumpang sekiranya penerbangan dibatalkan ataupun mengalami perubahan yang signifikan.

Namun begitu, kaedah pampasan tidak pula diperincikan dan sudah tentu syarikat penerbangan akan memilih kaedah yang paling tidak merugikan mereka. Sebab itulah pampasan diberikan dalam bentuk baucar atuapun kredit untuk menjadikan aliran tunai tidak terjejak, malah penumpang terpaksa menambah tunai sekiranya kredit untuk membeli tiket baharu tidak cukup untuk meluputi keseluruhan kos tiket.



Pindaan yang akan dicadangkan adalah untuk mewajibkan syarikat penerbangan memberikan pampasan melalui kaedah pembayaran yang sama sewaktu penumpang menempah penerbangan. Contohnya, sekiranya anda melakukan perpindahan tunai menggunakan bank, kaedah pampasan juga perlu melalui bank.

Pampasan wajib dilakukan walau apa sebab pembatalan penerbangan

Selain isu baucar dan kredit, MAVCOM turut melihat undang-undang yang mewajibkan syarikat penerbangan lakukan bayaran balik terhadap pembatalan penerbangan, walau apapun sebabnya.

Misalnya, sewaktu COVID-19 melanda banyak negara yang menutup pintu sempadan, malah penerbangan domestik juga dihentikan untuk beberapa ketika. Dalam undang-undang sedia ada, syarikat penerbangan tidak diwajibkan untuk memberikan sebarang pampasan.

Mujurlah, ada beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan baucar dan kredit sebagai tanda suci hati.

Pampasan penuh sekirannya penumpang membatalkan penerbangan 7 hari sebelum penerbangan

Satu lagi cadangan yang ingin diutaran MAVCOM adalah tentang pampasan penuh kepada penumpang sekiranya mereka membatalkan tempahan 7 hari sebelum penerbangan. Untuk pihak syarikat penerbangan, mereka dibenarkan untuk mengenakan fi pembatalan sehingga 10% daripada harga tiket.

Seandainya pembatalan dilakukan dalam tempoh 7 hari sebelum penerbangan, terma & syarat syarikat penerbangan termaktub.

Menurut MAVCOM, semua tiket penerbangan akan menerima perlindungan yang sama. Maksudnya, tidak kiralah tiket penerbangan dibeli daripada syarikat penerbangan, agen pelancongan, agen dalam talian, rakan kongsi, dan lain-lain.

Perlindungan terhadap pemegang pas penerbangan

MAVCOM turut menyedari yang ada syarikat penerbangan yang menawarkan promosi pas penerbangan tanpa had dalam kawasan dan waktu tertentu. Untuk golongan pengguna ini, MAVCOM akan mencadangkan pampasan sepenuhnya diberkan sekiranya pas itu tidak digunakan sepanjang tempoh sah. Sekiranya digunakan walaupun sekali, terma & syarat pas akan digunakan.

Kesemua proses yang diceritakan tadi masih berada di peringkat awal. MAVCOM sedang mengutip pandangan dan maklum balas daripada orang ramai. Sekiranya anda berminat membaca lebih lanjut tentang kertas cadangan ini, anda boleh bacanya di sini. Untuk menyumbang idea, anda boleh lakukannya di sini sebelum 7 November 2022 jam 5 petang.

Tags: mavcom
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AirAsia gembira kembali ke Terminal 4 Changi Singapura, lebih efisyen dan murah untuk operasi

Undang-undang sedang digubal bagi larang tiket penerbangan ditukar kepada baucar atau kredit

20 October 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER