• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iQoo 10 Pro, telefon gaming setaraf Black Shark 5 & ROG Phone 6 akan datang ke Malaysia?

  • OLEH Najib
  • 5:11 pm
  • 21/10/2022
  • Komen
iQoo 10 Pro, telefon gaming setaraf Black Shark 5 & ROG Phone 6 akan datang ke Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Nama iQoo mungkin kedengaran asing tetapi untuk peminat telefon pingat gaming, ia adalah sesuatu yang diketahui kehebatannya. iQoo adalah jenama di bawah Vivo, mengkhususkan dalam penghasilan telefon pintar gaming berkuasa tinggi persis Black Shark dan Asus Rog Phone. Berita kedatangan iQoo ke Malaysia ada kedengaran sayup-sayup tahun lepas tetapi kini ia kelihatan semakin jelas. Ia berikutan munculnya beberapa petanda di atas talian.

Antaranya adalah Facebook rasmi iQoo Malaysia. Ia sebenarnya telah diwujudkan tahun lepas tetapi tiada sebarang kemajuan selepas itu. Kini ia diperbaharui dengan gambar banner dan logo yang baru.



Lebih ketara lagi adalah kemunculan kedai rasmi iQoo di Lazada dan Shopee. Masih tiada produk sebenar kelihatan, yang ada disenaraikan adalah produk lama dengan harga RM9,999 dan tajuk ‘Telefon Pintar iQoo Malaysia akan datang tidak lama lagi’. Penerangan produk pula diletakkan dua persoalan iaitu:

  1. Cuba teka bila Stor Rasmi iQoo akan dilancar? Oktober? November? Disember?
  2. Cuba teka model apakah yang pertama akan dilancar di Malaysia.

Berkemungkinan, ini adalah satu peraduan dengan hadiah menanti mereka yang berjaya menjawab dengan tepat, kerana ada dinyatakan ‘Tertakluk kepada Terma dan Syarat’. Tetapi tidak pula diberitahu ke mana jawapan perlu dihantar.



Jika iQoo mahu memberi impak besar ketibaannya di Malaysia, ia perlulah melancarkan model terbaik yang ada sekarang iaitu iQoo 10 Pro. Telefon ini baru dilancar di China dan ia dikuasakan cip terhebat masakini, Snapdragon 8+ Gen 1, bersama RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1.

iQoo 10 Pro dilengkapi skrin AMOLED 6.78-inci QHD 120Hz dengan tahap kecerahan puncak 1,500 nits. Ia ada 3 kamera belakang dengan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto 14.6MP. Kamera hadapan pula 16MP.

Kehebatan utama iQoo 10 Pro berbanding telefon pintar gaming lain adalah keupayaan mengecas baterinya, dengan kuasa 200W. Ini membolehkan ia mengecas bateri 4,700mAh di dalamnya dalam masa 10 minit sahaja.

Menariknya, iQoo 10 Pro bekerjasama dengan jenama kereta terkemuka, BMW dengan edisi istimewa BMW. Di China, ia dijual dari serendah CNY 4,999 (~RM3,266) dengan RAM 8GB dan storan 256GB, sehingga CNY 4,999 (~RM3,920) untuk RAM 12GB dan storan 512GB.

Adakah iQoo boleh menggugat Black Shark 5 Pro dan Asus ROG Phone 6 Pro jika ia mahu melancarkan iQoo 10 Pro di Malaysia? Ditambah lagi dengan pendatang baru, RedMagic 7S Pro berkuasa Snapdragon 8+ Gen 1 dengan kipas terbina di dalam badan. Makin banyak pilihan untuk peminat gaming nanti.

Tetapi mungkin juga iQoo akan melancarkan model lebih mampu milik berharga di bawah RM2,000? Nantikan laporan kami jika ada sebarang perkembangan tentangnya.

Tags: iQooiQoo 10 Provivo
Najib

Najib

POPULAR

iQoo 10 Pro, telefon gaming setaraf Black Shark 5 & ROG Phone 6 akan datang ke Malaysia?

iQoo 10 Pro, telefon gaming setaraf Black Shark 5 & ROG Phone 6 akan datang ke Malaysia?

21 October 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN